Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP 2023 kembali ke Padang, perayaan diadakan di lima stadium kejiranan 5-6 Ogos

Tema Majulah Bersatu galak nilai inklusif dan bina masa depan bersama dengan penuh yakin
May 25, 2023 | 05:29 PM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) kembali ke Padang pada 2023, pertama kali ia diadakan pada skala besar di kawasan ikonik itu sejak pandemik melanda tiga tahun lalu.

Sambutan Hari Kebangsaan juga akan diadakan di empat stadium - Stadium Bedok, Stadium Jurong West, Stadium Toa Payoh dan Stadium Woodlands pada 5-6 Ogos dan di Our Tampines Hub (OTH) pada 6 Ogos, iaitu hujung minggu terakhir sebelum Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.

Penduduk juga boleh menyaksikan pertunjukan bunga api di lima kawasan itu pada 9 Ogos.

Menurut penganjur, butiran tiket bagi perbarisan di Padang dan sambutan di kawasan kejiranan akan diberikan tidak lama lagi.

Pertunjukan yang telah menjadi tradisi perbarisan, seperti tembakan meriam kehormat Presiden dan pertunjukan payung terjun pasukan Red Lions turut diadakan. Berbeza dengan pertunjukan semasa tempoh Covid-919, pasukan Red Lions tidak akan membuat terjunan di beberapa lokasi di kawasan kejiranan, tetapi di Padang sahaja pada 9 Ogos.

Ini menyusuli reviu ke atas pertunjukan sedemikian menyusuli insiden pada NDP 2022, apabila seorang anggota Red Lions cedera selepas mendarat dengan cara yang tidak dijangka.

Acara ‘tradisi’ seperti terbang lalu atau fly past bendera negara gergasi yang dibawa helikopter Chinook CH-47, jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terus diadakan dan akan melalui ruang udara di Padang dan beberapa kawasan kejiranan.

Malah, pertunjukan udara RSAF kali ini akan dipertingkat, sempena sambutan ulang tahun ke-55 RSAF.

Satu pertunjukan 6 tunggak pertahanan Mutlak baru juga akan ditampilkan dengan kenderaan berhias atau ‘float’ yang antara lain, akan dilengkapkan dengan peralatan dan perkakas dari SAF, SPF, dan SCDF.

Namun, satu acara popular, perarakan kenderaan berperisai dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di serata Singapura tidak akan diadakan pada tahun ini.

Buat julung-julung kali, cabang keempat SAF, Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) akan menyertai perbarisan sebagai anggota kontinjen Kawalan Kehormatan.

Demikian diumumkan Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023 dalam satu sidang media anjuran Kementerian Pertahanan (Mindef) di Galeri Nasional Singapura (NGS) pagi Khamis.

Tema NDP tahun ini berjudul ‘Majulah Bersatu’ dan mengajak rakyat Singapura berpandang ke hadapan dengan penuh yakin dan bina sebuah masa depan yang inklusif dan bersepadu.

Selaras tema itu, pentas berbilang media tahun ini semasa di Padang akan paparkan empat segmen yang melambangkan identiti, semangat dan aspirasi rakyat, serta sumbangan mereka terhadap masyarakat di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023, Kolonel Terence Ho berkata penganjuran NDP tahun ini bertujuan memperbarui semangat rakyat pasca pandemik, dengan harapan Singapura kekal berdaya tahan dan bersedia mengatasi cabaran dalam dunia yang berubah.







“Warga Singapura boleh menjangka perayaan yang meriah, apabila kami kembali ke Padang bagi NDP skala penuh buat pertama kali sejak 2019 sejak pandemik melanda... sesuatu yang akan memaparkan identiti, semangat dan aspirasi kita” kata Kolonel Ho.

Logo NDP 2023 turut diumumkan pada Khamis yang berbentuk kepala singa dengan nombor 58 terletak sebahagian rambut lehernya melambangkan ulang tahun ke-58 Singapura sejak merdeka pada 1965.







Ia kelihatan seolah berpandang tinggi ke hadapan yang melambang hasrat Singapura maju ke peringkat lebih tinggi sambil menghadap lima bintang negara melambangkan demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesamaan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Eksekutif NDP 2023 juga akan melancarkan kempen untuk menggalak penglibatan orang ramai terhadap kerja sukarela agar dapat memupuk komitmen dan sikap bertimbang rasa terhadap masyarakat tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >