Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

NDP ditunda kepada 21 Ogos; Rapat Umum diadakan pada 29 Ogos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NDP ditunda kepada 21 Ogos; Rapat Umum diadakan pada 29 Ogos

Jul 24, 2021 | 05:30 AM

PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan ditunda hingga 21 Ogos selepas tamatnya langkah sekatan Covid-19 terkini, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) kelmarin.

Pengumuman ini dibuat selepas Singapura kembali melaksanakan langkah lebih tegas di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) selama sebulan mulai kelmarin dengan langkah ini dijangka dijalankan hingga 18 Ogos selepas Hari Kebangsaan yang sepatutnya diraikan pada 9 Ogos.

Satu acara perbarisan beristiadat akan diadakan pada 9 Ogos sebagai petanda ulang tahun ke-56 Singapura sejak kemerdekaan.

Ia sama seperti yang diadakan tahun lalu di Padang tetapi kali ini dibuat di pentas terapung Marina Bay, kata Mindef.

Pertunjukan bunga api kejiranan dan paparan aksi payung terjun Red Lions yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Ogos dibatalkan.

Raptai NDP yang sebelum ini dirancang pada 24 Julai dan sesi pratonton pada 31 Julai juga ditunda, tambah Mindef.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis malam turut mengumumkan Rapat Hari Kebangsaan kini ditunda seminggu lagi pada 29 Ogos.

Sebagai persiapan bagi NDP pada 21 Ogos, raptai akan dikendalikan pada masa yang dilewatkan dalam kumpulan lebih kecil, tambah Mindef, sambil mengatakan tarikh raptai tidak akan diumumkan agar orang ramai tidak berhimpun di kawasan sekitar Marina Bay bagi menyaksikannya.

"Sejak 1966, NDP diadakan setiap tahun bagi meraikan kemerdekaan Singapura. Acara kebangsaan ini menyatukan warga Singapura dari semua latar belakang sebagai penduduk bersatu bagi mengesahkan perpaduan dan semangat kenegaraan," jelas Mindef.

Ia menambah perubahan tahun ini akan membolehkan NDP 2021 diadakan dalam keadaan lebih selamat sementara mengekalkan tradisi yang dihargai.

Singapura memperketat sekatan selama sebulan menyusuli kemunculan kelompok besar berkait dengan Pelabuhan Perikanan Jurong yang telah merebak ke lebih 30 pasar basah dan pusat makanan serata pulau.

Antara langkah lain yang diperkenalkan dalam tempoh ini termasuk larangan makan bersama di premis makanan dan minuman, saiz kumpulan perhimpunan sosial yang dibataskan pada dua orang sahaja dan pesanan agar orang ramai mengurangkan interaksi sosial.

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, dalam komen rasmi pertama mengenai NDP tahun ini bulan lalu, berkata bahawa sebahagian daripada mengapa NDP diadakan sebagai acara langsung adalah keperluan belajar hidup dengan Covid-19 sebagai penyakit endemik.

Raptai gabungan telah diadakan di platform terapung Sabtu lalu, sementara para penerjun Red Lions telah membuat lompatan ujian di Ghim Moh dan Bishan pada 15 Julai.


"Sejak 1966, NDP diadakan setiap tahun bagi meraikan kemerdekaan Singapura. Acara kebangsaan ini menyatukan warga Singapura dari semua latar belakang sebagai penduduk bersatu bagi mengesahkan perpaduan dan semangat kenegaraan."
- Kementerian Pertahanan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3