Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA: 70 kamera haba dipasang bagi 'tangkap' perokok

Jun 13, 2019 | 05:30 AM



SEJAK Januari lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah memasang sekitar 70 kamera haba di kawasan perumahan dan tempat lain.



Kamera-kamera itu, yang boleh mengesan objek yang mengeluarkan haba tinggi dan merakam imej orang yang sedang merokok, dipasang di suatu kawasan selepas ia menerima maklum balas berterusan tentang isu merokok di sana, kata NEA kelmarin, menjawab soalan media.



Salah satu kamera haba itu, telah membantu NEA mengenal pasti beberapa perokok yang merokok di koridor flat HDB di Bedok, baru-baru ini.



Awal minggu ini, imej surat yang dikirimkan NEA kepada pemilik flat di Blok 620 Bedok Reservoir Road itu - yang memintanya mengenal pasti perokok di koridor flatnya - menjadi tular di media sosial.



Ia juga mencetus perbahasan rancak tentang tindakan penguatkuasaan yang diambil NEA.



Dalam surat bertarikh 6 Jun, NEA memberi pemilik flat itu tempoh 14 hari untuk mengenal pasti perokok yang dirakam kamera haba.



Jika gagal berbuat demikian, pemilik flat boleh didakwa di bawa Seksyen 4B Akta Merokok (Dilarang di Tempat Tertentu). Jika didapati bersalah pula, pemilik boleh didenda tidak melebihi $2,000 bagi kesalahan pertama.



Sehingga akhbar ini dicetak, NEA tidak menjawab soalan yang diajukan Berita Harian tentang sama ada pemilik flat itu telah menghubunginya berkenaan surat itu.



NEA sebelum ini berkata ia mempunyai rakaman video yang menunjukkan 'orang merokok di koridor... dan keluar masuk unit' yang terbabit sebanyak 12 kali.



Perkara itu berlaku antara 11 April dengan 14 April tahun ini - antara 4.20 petang hingga 11.20 malam.



"Siasatan kami menunjukkan anda pemilik unit yang terlibat" kata NEA menerusi surat yang dilihat oleh Berita Harian.



Pada September tahun lalu, Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air) Amy Khor mendedahkan bahawa NEA sedang meneroka penggunaan kamera haba untuk mencegah perbuatan merokok berleluasa.



Kata NEA, ia telah mengedar risalah pendidikan dan bekerjasama dengan majlis bandaran untuk mendekati penduduk di blok 620 Bedok Reservoir Road sejak menerima 13 aduan berkaitan merokok di sana.



Ia juga mengadakan beberapa operasi pengawasan di blok itu, termasuk menggunakan kamera haba.



"NEA telah memulakan siasatan, termasuk menyampaikan surat kepada pemilik flat, dan akan mengambil tindakan sewajarnya sebaik sahaja siasatan lengkap," kata NEA.



Pada 2018, NEA mengeluarkan lebih 30,000 surat saman bagi kesalahan merokok di tempat dilarang.



"NEA akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan bagi menentang perokok yang melanggar undang-undang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >