AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pengendali di pusat penjaja bermodelkan perusahaan sosial jika mereka didapati mentadbir secara tidak betul.
Menulis dalam Facebooknya, Menteri Kanan Negara (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata agensi itu bekerjasama dengan pengendali dan penjaja untuk menangani isu kos dan peraturan kontrak di pusat penjaja serupa itu.