Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

NEA akan laksana langkah pengurusan selamat lebih ketat di pasar dan pusat penjaja

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan melaksanakan langkah pengurusan selamat yang lebih ketat di pasar dan pusat penjaja untuk memastikan ia kekal selamat bagi pegerai dan pengunjung, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.



"Banyak pusat penjaja dan pasar kami kerap dikunjungi oleh warga emas, jadi kami mengambil langkah tambahan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan mereka," kata Cik Fu di Parlimen semalam.



Antara lain, ujian rutin berjadual (RRT) akan dijalankan setiap 14 hari bagi pemilik gerai, dengan pihak berkuasa bakal menubuhkan pusat untuk melakukan ujian tersebut.



Pegerai juga akan dibimbing untuk melakukan ujian diri sendiri.



Selain itu, pendaftaran Safe Entry akan diwajibkan di semua pasar dan pusta penjaja kendalian NEA atau pengendali kendalian NEA untuk memudahkan proses menjejak kontak, kata Cik Fu.



Pegerai dan pengunjung juga akan digalakkan untuk menggunakan wadah e-pembayaran bagi mengurangkan risiko penularan virus.



Cik Fu berkata demikian di Parlimen semalam untuk menjawab soalan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) mengenai apakah langkah tambahan yang akan diambil di pasar dan pusat penjaja untuk mencegah penularan Covid-19.



Cik Fu juga berkata sekitar 90 peratus daripada mereka yang bekerja di pasar dan pusat penjaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Pemerintah juga mengumumkan bahawa pemilik gerai makanan dan pasar di pusat kendalian NEA atau pengendali yang dilantik NEA akan menerima bantuan wang tunai sekali sebanyak $500.



Ini akan diberikan di bawah Dana Bantuan bagi Pemilik Gerai di Pasar dan Pusat Penjaja yang baru untuk membantu penjaja dan pegerai yang terjejas di bawah sekatan terbaru Covid-19.



Cik Fu menjelaskan semalam bahawa wang itu akan diberikan pada Ogos. Pemilik gerai tidak perlu memohon bagi dana itu, kerana ia akan dimasukkan secara langsung ke dalam akaun bank mereka.



Mengenai penularan di Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP), Cik Fu berkata Kementerian Kesihatan dan Agensi Makanan Singapura (SFA) sedang menyiasat perkara itu.



Semakan awal menunjukkan terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki, kata Cik Fu.



Antaranya, sekitaran yang lembap bermakna pekerja yang bekerja keras mungkin tidak selesa memakai pelitup, dan pekerja mungkin telah bebas bergaul di pasar itu. Pekerja juga mungkin tidak mematuhi aturan penghantaran tanpa kontak.



Oleh itu, pihak berkuasa akan mengatasi isu tersebut sebelum JPF dibuka semula, kata Cik Fu.



SFA juga akan melaksanakan RRT setiap tujuh hari bagi pekerja di pelabuhan itu.



Aturan penghantaran tanpa kontak bagi pemandu lori dan pekerja bot juga akan dipertingkat.



Lebih banyak rondaan juga akan dilakukan untuk memastikan langkah pengurusan selamat ini dipatuhi, kata Cik Fu.



Langkah pengurusan selamat yang lebih ketat itu juga akan secara progresif dilaksana di kesemua kemudahan makanan penting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >