Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA gesa orang ramai terus waspada elak peningkatan kes denggi tahun ini

Jan 09, 2019 | 04:30 PM



JUMLAH kes denggi telah meningkat dalam tempoh tiga minggu lalu berturut-turut dengan sebanyak 207 kes dilaporkan pada minggu pertama 2019, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). 



Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, NEA berkata faktor yang menyumbang kepada jumlah yang meningkat itu serta masalah yang menimbulkan keprihatinan adalah populasi nyamuk Aedes aegypti yang semkin meningkat. 



Sistem pengawasan Gravitrap NEA mendapati 40 peratus lebih banyak nyamuk Aedes aegypti Disember tahun lalu, berbanding Disember 2017. 



“Jika dibiarkan, populasi nyamuk itu mungkin mengakibatkan kes denggi yang semakin meningkat tahun ini. Untuk itu, NEA menggesa kesemua anggota masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan untuk terus berwaspada dan bekerjasama untuk menghentikan penularan denggi,” tambah NEA. 



Jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan pada 2018 adalah 3,285, iaitu 20 peratus lebih berbanding jumlah keseluruhan pada 2017, namun jumlah tersebut kurang berbanding kes-kes yang dilaporkan semasa tahun-tahun sebelumnya. 



Walau bagaimanapun, jumlah kes-kes denggi semakin meningkat sejak akhir tahun lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >