Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA: Kemungkinan S'pura terjejas oleh jerebu rentas sempadan di paras rendah

Oct 26, 2017 | 08:24 PM



KEADAAN berjerebu yang melanda Singapura baru-baru ini terjadi disebabkan jirim zarah atau bahan partikel terkumpul di bawah angin yang bergerak perlahan, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

NEA, yang mengeluarkan perkembangan harian mengenai keadaan jerebu, telah memberi amaran bahawa Singapura mungkin mengalami "keadaan yang agak kabur pada pagi hari" 17 Oktober lalu.

Sejak itu, keadaan berjerebu telah dilaporkan berlaku di beberapa kawasan dalam beberapa minggu lalu.

Gambar yang dipetik akhbar The Straits Times(ST) petang semalam di kawasan Marina Bay menunjukkan awan yang berkabus.

Walau bagaimanapun, NEA menyatakan bahawa kemungkinan negara ini terjejas oleh jerebu rentas sempadan berada pada paras rendah.

"Terdapat lapan titik panas didapati di kawasan selatan Sumatera, dan tiada asap atau jerebu dapat dilihat," kata NEA dalam laporannya kelmarin.

Dijangka bacaan kadar PM2.5 - partikel yang mempunyai saiz lebih kecil daripada 2.5 mikrometer - akan terus kekal pada tahap sederhana selama 24 jam.

Sehingga 9 pagi hari ini, Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam berada dalam lingkungan sederhana.

Keadaan berjerebu juga dapat dilihat pada minggu pertama bulan ini, menyebabkan kebimbangan bahawa terdapat kebakaran yang berlaku di rantau ini.

Namun begitu, pakar mutu udara yang dihubungi ST menjelaskan bahawa ia bukan jerebu rentas sempadan, sebaliknya disebabkan keadaan kepekatan wap partikel dan pelepasan tempatan daripada kereta dan kilang.

Meskipun partikel sedemikian biasanya akan hilang dengan sendirinya, cuaca mendung dan angin yang bergerak perlahan mungkin menyebabkan kawasan tertentu kelihatan kabur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >