SATU projek menggalakkan pelajar menghargai dan tidak membazir makanan telah dilancarkan semalam.
Diusahakan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sebagai sebahagian daripada Hari Belia bagi Persekitaran (YED) 2017, projek 'Love Your Food@Schools' akan memperkenal sistem pengurusan sisa makanan di 10 sekolah, dengan pelajar dan kakitangan digalakkan mengurangkan pembaziran makanan.