Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA: Lebih 4,000 tiket saman dikeluarkan bagi perokok yang langgar larangan rokok di Orchard Road pada 2019

Jan 17, 2020 | 05:13 PM



LEBIH 4,000 tiket saman dikeluarkan tahun lalu kepada mereka yang telah melanggar larangan merokok di Orchard sejak ia dikuatkuasakan pada 1 April, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Mereka yang mendapat tiket tersebut perlu membayar saman komposisi $200.



Agensi tersebut menambah bahawa 26 peratus daripada tiket tersebut diberikan kepada pelancong, manakala yang lain diberikan kepada warga Singapura.



Sejak permulaan tahun lalu, kawasan awam di daerah Orchard Road telah dikhaskan sebagai zon tidak boleh merokok, dan ia hanya boleh dilakukan di kawasan merokok yang ditetapkan (DSA).



Mereka yang ditemui merokok telah diberikan amaran semasa tempoh tiga bulan dari Januari hingga Mac, yang bertujuan untuk memberikan peluang untuk masyarakat awam untuk menyesuaikan diri dengan larangan tersebut, menurut NEA dalam satu kenyataan pada Jumaat (17 Januari).



Selain pegawai yang akan meronda kawasan tersebut, agensi itu juga menggunakan kamera pengawasan untuk memantau beberapa kawasan di zon bebas rokok.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >