Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA: Pekerja pembersihan disaman $2,200 buang keranda di Sungai Kallang

Sep 29, 2019 | 02:32 PM



SEORANG pekerja pembersihan disaman $2,200 atas pembuangan keranda ke Sungai Kallang “dengan sengaja”, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam (28 September).



Dua peti, yang sebenarnya peti luar dan dalam sebuah keranda - terlihat terapung di Sungai Kallang berdekatan Upper Boon Keng Road pada 8 Mei tahun ini. NEA dimaklumkan dan dengan segera mengeluarkannya pada petang tersebut.



The Straits Times (ST) difahamkan bahawa pekerja itu, Rajasingam Ramasamy, disuruh untuk membuang keranda itu oleh sebuah syarikat keranda, tetapi gagal untuk melakukannya.



Keranda itu digunakan untuk menghantar pulang mayat ke Singapura dan dihapuskan sebagai sampah biasa setelah itu.



“Siasatan NEA mendapati bahawa tertuduh dengan sengaja membuang keranda ke dalam sungai, tinfakannya yang tidak bertanggungjawab telah mengejutkan orang ramai.” kata NEA dalam satu kenyataan.



Laluan air bertujuan untuk mengalirkan air hujan ke kolam air atau laut, kata NEA. Perniagaan dan orang awam harus memastikan laluan air bersih dengan tidak mencemari atau membuang barang besar ke dalamnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >