Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA: Pusat penjaja perusahaan sosial terima subsidi cuci pinggan mangkuk bagi dua tahun

Nov 17, 2018 | 03:00 PM



PEGERAI di pusat penjaja perusahaan sosial (SEHC), mulai tahun depan,  akan menerima subsidi untuk menampung sebahagian kos khidmat mencuci pinggan mangkuk.



Pada 2019, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan menampung separuh bayaran khidmat mencuci pinggan mangkuk. Ia akan menampung 30 peratus bayaran ini pada tahun selanjutnya.



Wang subsidi itu disalurkan dari geran Pusat Penjaja Produktif, selepas NEA berkata pada Jumaat (16 November) bahawa ia akan dilanjutkan ke tujuh SEHC di Singapura.



Ia boleh mengurangkan bayaran khidmat mencuci pinggan mangkuk yang perlu dikeluarkan oleh penjaja daripada $700 kepada $350 sebulan, berdasarkan anggarannya, kata laporan The Straits Times.



Berkongsi pandangannya di Facebook, Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air) Dr Amy Khor berkata:



“Pusat penjaja baru memerlukan masa untuk bertapak. Kami ingin membantu penjaja menguruskan kos operasi dengan lebih baik pada fasa permulaan perniagaan mereka, apabila mereka sedang berusaha menarik pelanggan.”



Sejak beberapa bulan lalu, pengendali SEHC telah menerima cemuhan awam kerana dituduh mengenakan bayaran keterlaluan ke atas penjaja, walau ia bergelut menarik pelanggan.



Minggu lalu, NEA mengumumkan bahawa beberapa terma kontrak yang didapati ‘salah’ perlu diubah oleh pengendali SEHC, demi melindungi kepentingan penjaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >