MASIH ramai penduduk Singapura menyediakan makanan lebih daripada perlu dalam majlis keramaian kerana khuatir makanan itu tidak mencukupi bagi tetamu.
Namun, semakin ramai juga sekarang prihatin mengenai pembaziran makanan, menurut tinjauan terbaru oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang turut menggesa orang ramai supaya mengelakkan pembaziran pada musim perayaan ini.