Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA siasat kes daging mentah dijemur luar koridor HDB

Dec 11, 2018 | 05:31 PM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang menyiasat insiden daging merah dijemur di koridor tingkat dua blok HDB di Beach Road. 



Daging-daging mentah yang tersusun di besi penjemur juga kelihatan di tingkat satu blok berdekatan, disandarkan pada kerusi dan ditinggalkan di luar untuk mendapatkan cahaya matahari. 



Dipercayai cebisan daging-daging tersebut akan digunakan untuk membuat ‘jerky’ daging untuk dijual secara langsung kepada pelanggan atau melalui kedai di Kompleks Golden Mile. 



Seorang lelaki berusia 60 tahun memberitahu akhbar Shin Min Daily bahawa beliau akan ke bawah blok untuk menjemur daging-daging tersebut hampir setiap hari. 



Penduduk yang tinggal di blok tersebut berkata mereka akan menjauhi koridor di Blok 1 Beach Road itu kerana bau busuk. 



Menurut laporan The New Paper, jurucakap NEA berkata: “(Kami) telah menerima maklum balas tentang daging mentah yang dijemur di Blok 1 dan 6 Beach Road di hadapan kompresor penghawa dingin dan di sepanjang koridor, (kami juga diberitahu) bahawa daging-daging ini dijual selepas diproses. 



“NEA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar Akta Kesihatan Awam Persekitaran. Kami juga ingin menasihatkan anggota masyarakat awam yang mendapati makanan yang disediakan dalam keadaan yang tidak bersih untuk tidak membelinya, kerana ia mungkin tidak selamat.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >