Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura lupus 3 juta tan sampah tahun lalu; 30% sisa plastik

Apr 15, 2020 | 02:34 PM



SINGAPURA tahun lalu telah melupuskan tiga juta tan sampah dan kira-kira 30 peratus daripada jumlah itu merupakan plastik.



Sampah plastik merupakan bahan yang paling banyak dihantar untuk dibakar, sedang sisa makanan pula di tempat kedua dengan kira-kira 20 peratus, sementara kertas dan kadbod membentuk 19 peratus daripada sampah yang dilupuskan lapor The Straits Times (ST).



Debu pembakaran dan sisa yang tidak boleh dibakar lagi akhirnya akan dihantar ke Tapak Pelupusan Semakau.



Perangkaan ini terdapat dalam Perangkaan Keseluruhan Sampah dan Pengitarannya yang dibentangkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Rabu (15 April).



Laporan tahunan itu memperincikan jumlah sampah yang terhasil, dikitar semula dan dilupuskan di Singapura tahun lalu, dikategorikan mengikut saluran sampah berbeza. 



Sedang adanya pengurangan 6 peratus daripada keseluruhan jumlah sampah yang dihasilkan tahun lalu berbanding 2018, keseluruhan kadar kitaran semula menurun kepada 59 peratus tahun lalu dari 61 peratus pada 2018. Ini terutama sekali bagi kadar kitaran semula domestika yang menurun dari 22 peratus pada 2018 kepada 17 peratus tahun lalu, sedang kitaran semula bukan domesti menurun dari 75 peratus kepada 73 peratus bagi tempoh yang sama, kata NEA. 



Tahun lalu, Pemerintah telah menggariskan usahanya ke arah Pelan Induk Sifar Sampah bagi mengurangkan jumlah sampah yang dihantar ke Pusat Pelupusan Semakau kepada 30 peratus mulai 2030. 



Pelan induk itu, yang cuba menangani tiga saluran sampah utama, merangkumi sampah pembungkusan, sampah makanan dan sampah elektronik, telah diletakkan bagi melanjutkan jangka hayat tapak pelupusan itu yang dijangka penuh pada 2035. 



Bagi menangani isu sampah, Singapura juga mensasarkan kadar kitar semula kebangsaan kepada 70 peratus, kadar kitar semula domestik 30 peratus, dan kadar kitar semula bukan domestika kepada 81 peratus. 



NEA berkata, penurunan kadar kitar semula secara keseluruhan tahun lalu sebahagian besar disebabkan kertas dikitar semula, yang turun dari 56 peratus pada 2018 kepada 44 peratus tahun lalu, di mana pasaran bagi kertas yang dikitar semula terjejas dengan pasaran eksport yang menguncup. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >