Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara besar dan kecil harus pertingkat usaha kurangkan perubahan iklim: PM Lee

May 20, 2021 | 01:15 AM



NEGARA besar dan kecil harus berusaha gigih bagi terus mengurangkan perubahan iklim meskipun penting bahawa Amerika Syarikat telah menyertai semula Perjanjian Paris, jelas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Pertama sekali, kita harus jalankan apa yang telah dipersetujui di Paris. Memandangkan Amerika kembali dan akan memainkan peranannya adalah satu perkara besar yang dialu-alukan. Kerana jika Amerika bukan sebahagian daripada usaha ini, negara lain akan kata, 'Mengapa harus saya mainkan peranan saya? Amerika hanya menumpang cuma-cuma dalam usaha ini'.



"Namun, jika Amerika kembali, ada kemungkinan apa yang tertera dalam Perjanjian Paris dapat dilaksanakan," kata Encik Lee.



Beliau kemudian menambah:



"Namun, sejujurnya, semua saintis percaya bahawa walau meskipun kita melakukan segalanya dalam Perjanjian Paris, ia takkan mencukupi. Dan jika anda perlu teruskan lagi, secara adil, dengan pemancar besar membuat penyesuaian besar dan negara lain, besar dan kecil, setiap daripadanya memainkan peranan mereka."



PM Lee berkata ini termasuk Singapura, yang bukan sahaja kecil, tetapi mempunyai kekurangan tenaga alternatif kerana ia tidak memiliki kuasa hidro, geoterma atau nuklear.



"Namun kami mempunyai sinaran mentari dan akan memanfaatkannya sebaik mungkin walaupun matahari sahaja tidak mencukupi," jelas Encik Lee di Forum Global Mengenai Pemulihan Ekonomi anjuran Dewan Perniagaan Amerika pada Rabu (19 Mei).



Presiden Amerika, Encik Joe Biden menandatangani perintah eksekutif bagi Amerika menyertai semula perjanjian perubahan iklim menyusuli pelantikannya sebagai Presiden pada Januari. Beliau kemudian menjadi tuan rumah pada sidang puncak pemimpin mengenai iklim yang diadakan secara maya.



Acara selanjutnya adalah Sidang Parti Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26) di Britain pada hujung tahun ini, kata Encik Lee, melahirkan harapan negara-negara yang terlibat dapat tampil dengan usulan selanjutnya.



Singapura akan ada di sidang ini juga, katanya.



"Kami harap dapat melanjutkan rundingan dan membantu Britain sebagai presiden mesyuarat ini dan menjadikannya satu kejayaan. Setiap perkara dalam taruhan kerana ia bukan sahaja 1 atau 2 darjah Selsius tetapi apakah pengertiannya bagi paras lautan, ribut dan kemarau, bagi negara tepian pantai dan kawasan rendah.



"Bagi peperangan dan keamanan pula, kerana perubahan iklim bermaksud gangguan sosial dan ekonomi besar, penghijrahan dan konflik manusia. Anda boleh menyesuaikan diri anda pada perkara-perkara ini dalam masa berabad lamanya tetapi jika ia berlaku dalam masa beberapa dekad ini, anda meletakkan kemanusiaan dalam situasi tertekan," jelas Encik Lee lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >