Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara dunia perlu perkukuh perpaduan tangani perubahan iklim

Dec 11, 2019 | 05:30 AM



NEGARA-NEGARA perlu memperkukuh perpaduan dengan bekerjasama menentang perubahan iklim, sedang ia bertindak untuk berbuat demikian dalam negara sendiri.



Ini termasuk membuat persediaan bagi menghadapi keadaan paling buruk supaya dapat mengelak atau mengurangkan kehilangan dan kerosakan akibat perubahan iklim, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kenyataan Negara Singapura semalam, di Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim di Madrid, Sepanyol.



Konvensyen itu berlangsung sempena Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP 25) yang sedang berlangsung di sana dari 2 hingga 13 Disember.



Menurut Encik Masagos, Singapura menyokong usaha mencapai hasil baik semakan Mekanisme Antarabangsa Warsaw, yang bertujuan menggembleng tenaga berbilang negara dalam usaha menangani kerosakan yang disebabkan perubahan iklim.



Ini satu keprihatinan utama negara-negara pulau kecil yang sedang membangun, tambah beliau.



"Singapura sedang melaksanakan bahagian kami menerusi Pusat Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara untuk memperkukuh perancangan sebelum bencana dan usaha bantuan dan pembinaan semula selepas ia berlaku," kata Encik Masagos.



"Kami juga sedang menyokong usaha mempertingkatkan keupayaan kaji cuaca serantau menerusi Pusat Kaji Cuaca Khas Asean, yang mengendalikan program pembangunan keupayaan lima tahun di rantau itu."



Namun setiap negara perlu bertindak untuk menjadi lebih berdaya tahan terhadap iklim, kata Encik Masagos.



Singapura menggunakan strategi huraian berdasarkan alam untuk menangani paras air yang meningkat, seperti memulihara kawasan bakau, menanam lebih dua juta pokok dan membina lebih 350 taman dan hutan simpanan alam, kata Encik Masagos.



"Usaha ini bukan hanya menyokong kepelbagaian flora dan fauna di Singapura, malah merangsang usaha mengurangkan kesan perubahan iklim dan memperkukuh daya tahan kita," ujarnya.



Usulan memperkukuh panduan berbilang negara itu antara empat usulan yang diutarakan Encik Masagos semasa menyampaikan Kenyataan Negara itu.



Beliau turut menggesa negara-negara agar melaksanakan komitmen Perjanjian Paris untuk mengurangkan jumlah karbon yang dilepaskan ke udara dan berkongsi strategi bagi berbuat demikian.



Encik Masagos menyeru negara-negara yang hadir supaya melengkapkan Program Kerja Perjanjian Paris, yang antara lain bertujuan membentuk cara lebih berkesan untuk mengukur jumlah karbon yang dilepaskan ke ruang antarabangsa oleh sesebuah negara.



Di peringkat dalam negeri pula, negara-negara perlu bertindak secara berkesan untuk menangani perubahan iklim di setiap peringkat masyarakat.



Sebagai contoh, Singapura melaksanakan cukai karbon kepada seluruh ekonomi, dengan pendapatan disalurkan kepada usaha mengurangkan karbon yang dilepaskan ke udara, kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >