Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara dunia setuju pelan tindakan global kurangi kesan perubahan iklim

Masagos: Dunia ambil tindakan tamatkan kesulitan yang dilalui perunding dengan setujui Buku Peraturan Katowice
Dec 17, 2018 | 05:30 AM



PELAN tindakan sejagat bagi mengurangkan kerosakan bumi akibat perubahan iklim telah dipersetujui hampir 200 negara menyusuli perbincangan selama dua minggu di Poland yang berakhir lewat kelmarin.



Pelan Buku Peraturan Katowice itu menetapkan satu sistem bagi negara dunia mengurangkan pengeluaran gas hijau dan cara bagi pelan itu dilaporkan, diukur, diperiksa serta dipertingkat secara progresif.



Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos, Encik Zulkifli Masagos Mohamad, menyifatkan persetujuan itu sebagai satu detik bersejarah amat penting buat Singapura, sedang ia mengakhiri Tahun Tindakan Iklimnya akhir bulan ini.



"Kita menandakan tahun ini dengan cukai karbon, yang menunjukkan daya tahan dan komitmen kita untuk mengurangkan pengeluaran oleh industri.



"Ini adalah penutup yang sesuai tahun ini, dengan buku peraturan yang diterima pakai semua negara yang mengesahkan Perjanjian Paris," ujar Encik Masagos yang ditemui akhbar The Straits Times di persidangan iklim itu yang berlangsung di Katowice, selatan Poland.



Menurut Encik Masagos, Tahun Tindakan Iklim Singapura - satu inisiatif sepanjang tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim - telah berhasil.



"Sekarang, dunia telah mengambil tindakan dengan menamatkan segala kesulitan yang telah dilalui perunding dengan menyetujui buku peraturan ini," kata beliau.



Buku Peraturan Katowice itu meletakkan matlamat mengekalkan pemanasan sejagat di bawah 2 darjah Celsius berbanding tahap praperindustrian - sasaran yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris yang dibuat tiga tahun yang lalu (2015) - dan membataskannya kepada 1.5 darjah Celsius, jika boleh.



Matlamat 1.5 darjah Celsius yang lebih berani itu adalah batasan bagi mengelak bencana perubahan iklim, menurut laporan saintifik terkini oleh Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim (IPCC), yang merupakan fokus utama perundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipanggil Persidangan ke-24 Pihak-Pihak (COP-24) itu.



Sedang Perjanjian Paris menyediakan rangka kerja untuk membantu negara mencapai matlamat ini, buku peraturan itu membentangkan cara melaksanakannya dan bertujuan memastikan semua negara jujur dalam proses itu.



Rundingan Katowice itu menandakan kemuncak rundingan tiga tahun mengenai buku peraturan itu, yang diperlukan untuk mengamalkan pakatan Paris itu.



Dalam satu pos Facebook, Encik Masagos berkata Singapura gembira dapat memainkan peranan dalam rundingan rumit untuk membentuk peraturan yang terkandung dalam buku panduan tersebut.



"Pasukan rundingan kami yang berasal dari banyak kementerian telah sejak tiga tahun lalu, berunding dengan bijak dan bekerja keras dengan pihak lain yang besar dan kecil untuk membangunkan peraturan - yang dipanggil Program Kerja Perjanjian Paris atau Buku Peraturan Katowice," ujar Encik Masagos.



Katanya, Singapura telah memainkan peranan dalam dua laluan rundingan utama - usaha mengurangkan gas rumah hijau dan pasaran dagangan kredit karbon.



Beberapa hari lalu, Encik Masagos juga telah diundang Presiden COP untuk mengendalikan rundingan menteri-menteri mengenai usaha mengurangkan gas hijau, yang kekal dipertikaikan pada waktu itu, bersama dengan rakan sejawatannya dari Norway, Encik Ola Elvestuen.



Berucap di sesi perbincangan terakhir persidangan itu, Presiden COP-24, Encik Michal Kurtyka, berkata:



"Kesan keseluruhan pakej ini adalah positif kepada dunia. Ia akan membawa kita selangkah lebih dekat untuk merealisasikan cita-cita yang termaktub dalam Perjanjian Paris."




"Kita (Singapura) menandakan tahun ini dengan cukai karbon, yang menunjukkan daya tahan dan komitmen kita untuk mengurangkan pengeluaran oleh industri. Ini (persetujuan Pelan Buku Peraturan Katowice) adalah penutup yang sesuai tahun ini, dengan buku peraturan yang diterima pakai semua negara yang mengesahkan Perjanjian Paris."
- Encik Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >