Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara IORA boleh lakukan lebih tangani perubahan iklim, keselamatan maritim

Nov 08, 2019 | 05:57 PM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata negara-negara anggota Persatuan Lingkungan Lautan Hindi (IORA) boleh bekerjasama bagi menangani perubahan iklim serta mempromosikan sistem berbilang tingkat berdasarkan undang-undang.



Mereka juga boleh membantu dalam memastikan keselamatan maritim, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Dr Maliki berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri IORA di Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.



Menyentuh mengenai usaha menangani perubahan iklim, beliau berkata usaha harus diteruskan bagi mencari huraian bersama bagi menangani perubahan iklim kerana Lautan Hindi semakin memanas pada rentak lebih pantas dari lautan tropik yang lain sejak abad lalu.



“Di bawah Pakej Tindakan Iklim Program Kerjasama Singapura, kami memberikan keutamaan bagi anggota IORA menyertai kursus bagi membangunkan keupayaan dalam (menangani) isu perubahan iklim. Melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik, kami berharap negara IORA akan meningkatkan keupayaan pengurusan bencana dan lebih bersedia menangani bencana dan cuaca ekstrim,’’ katanya.



Mengenai usaha memupuk dagangan berbilang tingkat, beliau berkata IORA amat penting dalam menyumbang ke arah dagangan antarabangsa.



Namun, dunia ini sedang menghadapi cabaran kerana manfaat penyejagatan dan sokongan bagi dagangan berbilang tingkat semakin terhakis.



Lantas, ia amat penting bagi IORA untuk terus mempromosikan sistem berbilang tingkat berdasarkan undang-undang agar ia dapat memupuk pertumbuhan negara.



“Kita harus teruskan usaha dalam memupuk rantau yang terbuka,’’ kata Dr Maliki.

Semasa lawatannya, Dr Maliki juga menemui Menteri Negara (Ehwal Luar) UAE, Dr Anwar Mohammed Gargash; Menteri Negara (Ehwal Pertahanan) UAE, Encik Mohammed Ahmed Al Bawardi, dan Menteri Negara dan Pengerusi Abu Dhabi Global Market, Encik Ahmed Ali Al Sayegh. 



Dalam mesyuarat itu, Dr Maliki mengesahkan kerjasama kukuh dua hala antara Singapura dengan UAE, serta bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan rantau masing-masing.



Beliau juga berinteraksi dengan mahasiswa Universiti Zayed dalam satu dialog bertajuk ‘Singapura dan UAE: Negara Kecil dalam Dunia Tidak Menentu’.



Dari Abu Dhabi, Dr Maliki akan ke Santa Domingo, Dominican Republic, bagi menyertai Mesyuarat Menteri Luar bagi Kerjasama Amerika Asia Timur-Amerika Latin yang berlangsung selama dua hari.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >