Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara lain ucap terima kasih kepada SG bantu mereka hasilkan TraceTogether versi mereka

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



TRACETOGETHER, sebuah inovasi yang dihasilkan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), telah membantu negara lain mengeluarkan versi mereka sendiri bagi aplikasi itu.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata beliau terkejut apabila beberapa rakan sejawatan antarabangsanya mengucapkan terima kasih kepada Singapura kerana menjadikan TraceTogether sebuah sumber terbuka.



Beliau berkata demikian menerusi satu pos LinkedIn selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Digital Kumpulan 20 (G20) di Italy baru-baru ini.



"Singapura mungkin sebuah titik merah kecil, namun kita juga mampu menyumbang pengalaman kita dalam perjalanan digital," kata beliau.



TraceTogether mengenal pasti orang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit koronavirus melalui teknologi Bluetooth tanpa wayar.



Bersama alat digital SafeEntry, TraceTogether digunakan untuk merakam hampir 10 juta daftar masuk ke tempat awam di seluruh negara setiap hari, secara digital.



Selain TraceTogether, Cik Teo juga berkongsi tentang usaha Singapura menggunakan inovasi digital bagi memanfaatkan perniagaan di sini.



Menerusi portal GoBusiness, perniagaan tempatan sekarang dapat berurusan dengan lebih 300 e-perkhidmatan pemerintah dalam platform sehenti itu.



Di mesyuarat selama dua hari itu, berakhir semalam, menteri digital negara G20 membincangkan cara mengembangkan ekonomi digital bagi pemulihan lebih berdaya tahan dan inklusif daripada pandemik Covid-19.



Perbincangan itu turut menyentuh kepentingan identiti digital. Dalam hal ini, Cik Teo berkata mereka membincangkan cara menjadikan identiti digital negara lebih mudah alih.



Singapura, misalnya, memanfaatkan SingPass mobil untuk mengakses 1,400 perkhidmatan digital pemerintah serta perniagaan dan ia digunakan sekitar empat juta, atau 70 peratus, penduduk di sini.



"SingPass mudah alih akan menjadi kunci bagi penduduk kita mengakses perkhidmatan digital, di mana sahaja, bila-bila masa," ujar Cik Teo.



Melanjutkan usaha Singapura dalam kerjasama digital dengan negara lain, Cik Teo juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Ekonomi Digital bersama Italy dan Rwanda.



MOU itu akan membuka laluan bagi perniagaan tempatan mencari lebih banyak peluang di peringkat antarabangsa, termasuk dalam bidang teknologi baru, pemerintahan digital, keselamatan siber dan digitalisasi syarikat kecil dan sederhana (SME).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >