Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara perlu sekitaran strategik kondusif untuk pulih daripada Covid-19: PM Lee

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Asean dan rakan negaranya menyesuaikan diri bagi hidup dengan Covid-19, mereka akan dapat pulih sepenuhnya hanya dalam sekitaran strategik kondusif, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Berkata demikian di Sidang Puncak Asia Timur kelmarin, beliau memberitahu 18 pemimpin Asean dan dunia bahawa di tengah-tengah cabaran berterusan persaingan kuasa utama dan ketegangan geopolitik, Singapura berbesar hati akan komitmen rakan negara Asean dalam menegakkan kedudukan teras Asean dan bekerjasama dengan wadahnya.



Sidang itu menghimpunkan negara anggota Asean dan lapan rakan negara - Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Russia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat - dalam satu kumpulan yang membentuk lebih separuh penduduk dunia dan lebih 60 peratus hasil dalam negeri kasar (GDP).



"Kami berharap aturan keselamatan baru akan menyumbang secara membina kepada keamanan dan kestabilan serantau," kata Encik Lee.



Beliau menyifatkan hubungan AS-China sebagai faktor keamanan dan kemakmuran, sambil berkata: "Negara di rantau ini mahu mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya, AS dan China, dan tidak mahu memihak."



Beliau mengalu-alukan pertukaran peringkat tinggi baru-baru ini antara AS dan China, sambil mengatakan Asean berharap dua negara itu dapat melaksana satu mekanisme yang akan membolehkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, walaupun mereka terlibat dalam persaingan sihat dalam bidang lain.



Mengenai Laut China Selatan, Encik Lee berkata kedudukan Singapura adalah tekal.



"Sebagai negara bukan penuntut, kami tidak memihak pada tuntutan wilayah yang bersaing, tetapi sebagai sebuah negara kecil yang bergantung pada perdagangan untuk bertakat, kami mempunyai kepentingan asas yang menjadi taruhan: mengekalkan keamanan dan kestabilan di laluan maritim tersibuk dunia; menegakkan hak semua pihak menikmati kebebasan pelayaran dan penerbangan; dan menyokong huraian pertikaian secara aman mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) 1982," katanya.



"Singapura berharap semua pihak berusaha ke arah mengekalkan dialog, memelihara keamanan dan kestabilan serantau, dan memastikan tindakan itu selaras dengan undang-undang antarabangsa."



Beliau kemudian mencadangkan tiga bidang di mana Asean dan lapan rakan negaranya boleh bekerjasama ke arah pemulihan menyeluruh daripada pandemik Covid-19.



Pertama, sokongan terhadap faham multilateralisme vaksin, dengan Encik Lee menekankan komitmen Singapura kepada akses adil dan saksama kepada inokulasi Covid-19 buat semua negara, sebagai pengerusi bersama Kemudahan Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax).



Beliau menekankan perlunya negara bekerjasama untuk muncul lebih kukuh dari segi ekonomi dalam tempoh pospandemik. Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), katanya, akan meningkatkan keyakinan dalam perdagangan dan pelaburan serantau, dan menyumbang ke arah pemulihan pospandemik.



RCEP pakatan perdagangan terbesar dunia, melibatkan 10 negara Asean, Australia, China, Jepun, New Zealand serta Korea Selatan.



Beliau juga menyeru kerjasama lebih kukuh dalam pendigitalan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.



"Untuk membuka semula sempadan kita dan memulihkan perjalanan dengan selamat, kita harus membangunkan huraian digital yang boleh dikendalikan, seperti pengiktirafan bersama sijil kesihatan digital," saran Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >