MUTU kehidupan yang tinggi di Singapura ialah 'warisan abadi' bagi kebijaksanaan luar biasa yang dimiliki Encik Lee Kuan Yew, kata negarawan Amerika Syarikat Encik George Pratt Shultz.
Tokoh politik dan bekas Setiausaha Negara (1982-1989) itu kini felo kehormat di Hoover Institution di Universiti Stanford.
Dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong petang Selasa, Encik Schultz memuji Mendiang Lee sebagai insan yang luar biasa.
"Saya sentiasa menganggapnya antara insan paling bijaksana dan pintar yang saya kenali. Saya telah meraih ganjaran selepas sejumlah kali bertemunya. Saya selalu ke Singapura... bukan sahaja kerana ingin melihat kota anda, malah sebab sebenar adalah bagi bertemu Harry Lee," kata Encik Schultz yang kali terakhir bertemu Mendiang Lee pada lewat 2013.
"Saya amat berdukacita - sebagaimana ramai lagi yang berkongsi perasaan ini dari serata dunia - di atas pemergian ayah anda dan rakan saya buat separuh abad, Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew.
Encik Shultz, 94 tahun berkhidmat dalam Kabinet Amerika selama 20 tahun bermula dari 1969, sehingga beliau bersara dari jawatan Setiausaha Negara pada 1989.