Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nenek dan cucu sertai sama acara tari NDP

Jul 09, 2019 | 05:30 AM



WALAUPUN sudah mengambil bahagian dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sejak 2003, tahun ini merupakan kali pertama Cik Pungut Yahya, 58 tahun, mempelawa cucunya menari bersama.



Minat membara dalam seni tarian yang tidak terhad kepada genre tertentu membuat Dahlia Maisarah Muhari, 11 tahun, setuju menyertai persembahan NDP bersama neneknya.



"Cucu saya berminat dalam tarian. Tahun ini, saya ajak dia agar dia dapat rasakan betapa ghairahnya dapat menyambut hari lahir Singapura dengan cara ini," ujar Cik Pungut Yahya.



Diberi peluang menari dalam babak ketiga segmen persembahan, Cik Pungut dan cucunya telah memastikan dapat membuat yang terbaik pada setiap sesi latihan.



Sesi latihan yang bermula seawal April diadakan di Kem Kranji pada setiap Selasa dan Sabtu.



Setiap sesi mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.



"Kami gembira diberi peluang. Pada tahun ini, tariannya agak lain. Kami harus menari empat jenis tarian iaitu tarian Melayu, Cina, India dan juga Serani.



"Walaupun mencabar, kami kerja keras. Ada ramai rakan-rakan lain yang memberi kami berdua semangat," ujar Cik Pungut lagi.



Selain daripada cara tarian yang mencabar, sesi latihan yang berlangsung pada bulan puasa dan Hari Raya mungkin menguji tetapi tidak mematahkan semangat pasangan nenek dan cucu ini.



Dahlia berkata:



"Nenek selalu memberi saya semangat. Jika saya penat, nenek memberi saya dorongan dan pastikan yang saya cuba membuat yang terbaik."



Penat lelah dan rasa dahaga lebih lagi dirasakan apabila harus menjalani sesi latihan semasa bulan Ramadan.



Gerak geri yang rancak dan cuaca yang panas terik amat mencabar. Namun, keadaan itu diatasi mereka berdua bersama.



Bukan sahaja pada bulan Ramadan, namun pada musim Raya ini, Cik Pungut dan Dahlia meluangkan masa berlatih untuk persembahan mereka di kem Kranji dan terpaksa membuat pengorbanan untuk tidak hadiri majlis rumah terbuka ataupun keramaian.



"Musim Raya tahun ini kami berdua tidak dapat hadir ke banyak rumah terbuka. Tahun ini, kami semarak ulang tahun Singapura bersama. Ini peluang keemasan dan segala pengorbanan pasti akan mendatangkan hasil. Tidak mengapa, tahun depan kami dapat menyambut Hari Raya lagi," ujar Cik Pungut.



Segala pengorbanan lebih manis apabila ditempuhi bersama dengan cucunya.



Dahliah, yang merupakan ahli kelab kegiatan kegiatan kokurikulum tarian Melayu dan tarian modern di Sekolah Rendah Toa Payoh, berkata:



"Saya nak sangat mengikuti nenek. Saya dapat luangkan masa dan berbual tentang macam-macam perkara bersama nenek.



"Nenek memberi inspirasi kepada saya untuk menari. Daripada tidak membuat apa-apa di rumah masa hujung minggu dan cuti sekolah, saya gembira kerana diberi peluang menari bersama nenek saya di dalam sesi latihan."



Dahlia yang pada mulanya segan kini sudah membuat ramai kawan. Peluang menari di hadapan orang ramai membuatnya gembira, lagi-lagi dengan neneknya.



"Untuk meyakinkan diri saya, saya sering berkata pada diri sendiri bahawa tempat duduk di hadapan saya itu kosong dan tiada sesiapa yang sedang lihat saya.



"Saya sebenarnya gementar untuk menari di depan khalayak ramai tetapi kehadiran nenek di sisi saya membuat saya lebih tenang," kata Dahlia sambil bersenyum kepada nenek yang ada di sebelahnya.




"Saya nak sangat mengikuti nenek. Saya dapat luangkan masa dan berbual tentang macam-macam perkara bersama nenek. Nenek memberi inspirasi kepada saya untuk menari. Daripada tidak membuat apa-apa di rumah masa hujung minggu dan cuti sekolah, saya gembira kerana diberi peluang menari bersama nenek saya di dalam sesi latihan."
- Dahlia Maisarah Muhari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >