Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nenek minat zumba, 'kebayarobik', 'bhangrarobik'

Feb 07, 2019 | 05:30 AM



PELBAGAI jenis senaman aerobik Cik Rosnah Khalid sudah cuba - zumba, 'kebayarobik', mahupun 'bhangrarobik'.



Ketiga-tiga senaman itu mungkin mempunyai rentak berbeza tetapi yang penting, Cik Rosnah, 65 tahun, seronok bersenam untuk kekal sihat.



"Sekarang ini, mana-mana ada zumba. Senamannya bagus. Saya lihat ramai yang minat, baik orang Cina atau Melayu. Ramai yang pandai berzumba.



"Kadang-kadang saya rindu juga 'kebayarobik'. Jadi kalau ada yang anjurkan 'kebayarobik, saya akan ikut serta. Tapi 'kebayarobik' sudah tidak seaktif dahulu," kata Cik Rosnah, seorang pegawai sokongan sekolah.



Jika senaman 'kebayarobik' diiringi lagu-lagu asli Melayu dan 'bhangrarobik' mengikuti lagu bhangra, lagu senaman zumba pula biasanya daripada genre hip-hop, samba dan salsa.



Dengan rentak muzik zumba yang pantas, Cik Rosnah akur beliau tidak dapat mengikuti '100 peratus' pergerakannya.



"Pergerakannya memang cepat. Kadangkala pun saya tidak dapat ikut. Tapi tidak mengapa. Perlahan-lahan pun boleh, selagi dapat bergerak.



"Makin berumur ini nak kena jaga kesihatan, makanan dan pergerakan. Macam-macam penyakit ada sekarang," ujar Cik Rosnah, yang mempunyai tiga anak dan sembilan cucu.



Penduduk Tampines itu mengikuti senaman zumba hampir setiap minggu di Our Tampines Hub (OTH), dan sebelum ini di Sun Plaza Park.



Cik Rosnah merupakan antara peserta acara zumba anjuran akhbar Berita Harian (BH), OTH dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) di Arena@OTH pada Sabtu lalu.



Seorang lagi peserta acara itu ialah penduduk Pasir Ris, Cik Rohaiya Mohd Salleh, 67 tahun, yang melakukan zumba setiap dua minggu.



"Saya ini memang suka joget dari dulu. Dengar muzik sahaja, mesti nak goyang badan.



"Daripada saya joget seorang di rumah, baik saya joget ramai-ramai," ujar Cik Rohaiya, yang mempunyai dua anak dan empat cucu.



Beliau, yang tinggal seorang setelah suaminya meninggal dunia 16 tahun lalu, kerap keluar untuk memastikan beliau terus kekal aktif.



"Saya pun duduk rumah seorang. Jadi, kalau ada kawan yang ajak saya pergi zumba atau ke mana-mana, saya ikut sahaja," ujarnya.



Acara Sihat Berzumba kali pertama diadakan pada September 2017.



Sesi zumba selanjutnya adalah pada 2 Mac, 6 April, 4 Mei, 3 Ogos, 7 September, 5 Oktober, 2 November dan 7 Disember.



Tiada bayaran dikenakan. Peserta hanya perlu memakai pakaian senaman sesuai.



Selepas acara tersebut, BH dan OTH giat menganjurkan acara susulan, termasuk senaman aerobik dan tunjuk cara masak makanan sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >