Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nenek singsing lengan giat kerja masyarakat

Jul 21, 2018 | 05:30 AM



Jawatankuasa Penduduk (RC) dan Jawatankuasa Kejiranan (NC) di bawah naungan Persatuan Rakyat (PA) masing-masing ditubuhkan pada 1978 dan 1998. Ia ditubuhkan bagi memupuk semangat kejiranan, keharmonian sosial dan perpaduan sosial dalam masyarakat, di samping mendapatkan maklum balas tentang dasar dan inisiatif pemerintah.

Sambutan ulang tahun RC yang ke-40 dan NC yang ke-20 itu diadakan pada 20 Julai lalu, dalam satu majlis yang dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

NUR ADILAH MAHBOB(adilaham@sph.com.sg) mewawancara dua sukarelawan RC dan NC.



PADA usia 75 tahun, Cik Ramlah Ibrahim masih giat melakukan apa yang beliau minati sejak di bangku sekolah lagi - kerja masyarakat.



Malah, nenek yang mempunyai dua cucu itu telah menyingsing lengan sebagai sukarelawan Jawatankuasa Kejiranan (NC) di estet kejiranannya, Thomson Garden, sejak lebih 20 tahun lalu.



"Semasa di sekolah lagi, saya suka terlibat dalam kerja sukarela pada hari bendera atau acara kebangsaan.



"Saya memang gemar bergiat dalam masyarakat," kata Cik Ramlah, seorang bekas pelajar Sekolah Perempuan Anthony Road dan Sekolah Menengah Monk's Hill.



Beliau terlibat dalam NC Thomson Garden sejak berpindah ke estet itu lebih 20 tahun lalu.



Sebagai penolong bendahari, Cik Ramlah antara lain membantu jawatankuasa itu mengumpul dana bagi pelbagai acara keramaian untuk penduduk di estet tersebut.



Ini termasuk mengumpul suratkhabar lama untuk dijual.



Selain itu, beliau terlibat sebagai sukarelawan dalam pertubuhan lain termasuk Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds), Jamiyah, Persatuan Bantuan Kusta Singapura, dan Kelab Isteri Pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



"Di Kelab Isteri SAF, kami membuat kuih-muih semasa musim perayaan dan menghantarnya kepada pegawai kami di luar negara," ujar Cik Ramlah.



Beliau masih aktif sebagai anggota kelab itu meskipun suaminya, seorang pegawai SAF, meninggal dunia pada usia 50 tahun.



Setelah suaminya meninggal dunia, Cik Ramlah, yang mempunyai seorang anak, bertungkus lumus mengimbangi kerjaya serta menjaga keluarganya, termasuk ibu dan adiknya yang kurang upaya.



Cik Ramlah, seorang mantan pegawai pentadbiran, bersara pada usia 55 tahun, dan terus bergiat dalam kerja masyarakat.



"Saya rasa penting untuk kekal sibuk agar minda juga terus aktif. Interaksi dengan orang ramai juga penting.



"Saya bukanlah seseorang yang inginkan pangkat atau apa sahaja.



"Saya seorang yang hanya ingin melakukan terbaik apabila diminta membuat sesuatu," ujar Cik Ramlah.



Sememangnya, itulah prinsip beliau dalam melakukan kerja kemasyarakatan, sama ada dalam mendampingi golongan warga emas, pesakit kusta, mahupun kanak-kanak yang kurang bernasib baik.



Cik Ramlah, yang dilahirkan dalam keluarga Cina dan diambil keluarga Melayu sebagai anak angkat, juga aktif meluangkan masa dengan melukis porselin.



Bagi dedikasinya dalam kerja masyarakat, beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuk Pingat Khidmat Cemerlang Divisyen 2014, Anugerah Inspirasi Hidup 2012, dan Anugerah Khidmat Cemerlang Minds.




"Saya rasa penting untuk kekal sibuk agar minda juga terus aktif. Interaksi dengan orang ramai juga penting. Saya bukanlah seseorang yang inginkan pangkat atau apa sahaja. Saya seorang yang hanya ingin melakukan terbaik apabila diminta membuat sesuatu."
- Cik Ramlah Ibrahim, 75 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >