Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Nenek sumber motivasi setelah kehilangan ibu

Nov 28, 2019 | 05:30 AM



Khamis lalu, keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah diumumkan. Ikuti laporan HAZIRAH NURFITRAH HANIFAR (hazirahh@sph.com.sg) dan AYU ARDINI ZULKHAIRIL (ayuardini@sph.com.sg) yang menemui dua murid mengatasi cabaran dalam kehidupan mereka dan meraih keputusan memuaskan.



PEMERGIAN ibu tunggalnya pada usia kecil lagi tidak menghalang Muhammad Raiyan Hasran, 12 tahun, daripada membesar seperti teman sebaya lain.



Dibesarkan oleh neneknya, Cik Katirah Ridwuan, 69 tahun, Muhammad Raiyan disemai dengan nilai murni seperti rajin dan bertanggungjawab.



Kerja keras pelajar Sekolah Rendah Palm View itu mengulang kaji berjam-jam setiap hari dalam persiapan untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) akhirnya mendatangkan hasil memuaskan.



Muhammad Raiyan meraih gred B bagi semua mata pelajaran - Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik - dengan agregat 200.



Dia layak memasuki aliran Ekspres di peringkat sekolah menengah.



Dengan senyuman lebar tanda gembira dengan keputusan itu, Muhammad Raiyan berkongsi bagaimana neneknya telah mendorongnya.



"Nenek saya yang setiap hari memastikan saya mengulang kaji pelajaran serta membiayai kos kelas bimbingan. Saya amat bersyukur. Saya sayang nenek saya," kata Muhammad Raiyan sambil memegang tangan neneknya.



Meskipun Muhammad Raiyan belum pasti kerjaya apa yang ingin dia menerokai bila besar kelak, dia sudah pasti ingin membalas jasa keluarga yang telah membesarkannya dalam ketiadaan ibunya.



"Saya akan terus kerja keras untuk menjadi seorang yang berjaya supaya saya pula boleh menjaga nenek saya," Muhammad Raiyan berkata.



Cik Katirah telah membesarkan Muhammad Raiyan sejak dia masih bayi lagi ketika ibu Muhammad Raiyan bekerja.



Beliau mempunyai tiga anak dan ibu Muhammad Raiyan merupakan anak keduanya.



Pada 2011, apabila Muhammad Raiyan berusia empat tahun, ibunya meninggal dunia akibat barah jantung.



Sejak itu, Cik Katirah menjadi pengasuh utama bagi Muhammad Raiyan dan abangnya yang kini berusia 20 tahun dan sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Meskipun tidak mudah membesarkan dua cucunya itu, Cik Katirah mengakui beliau mencuba sedaya upaya untuk memastikan mereka dapat membesar seperti kanak-kanak yang lain.



Beliau yang mengajar mereka nilai penting pelajaran akademik dan ilmu agama.



"Saya berharap dia tahu bahawa ilmu dan pelajaran itu penting.



"Dalam masa yang sama juga, saya juga terapkan pelajaran agama kerana belajar bersungguh-sungguh juga perlukan doa. Itu yang boleh buat dia berjaya, Alhamdulillah," kata beliau.



Apabila mendapat tahu keputusan PSLE cucunya itu, Cik Katirah terus memeluknya.



Beliau melahirkan perasaan syukur atas keputusan cucunya.



"Sebagai nenek dan 'ibu' kepada Raiyan, saya hendak memberi kejayaan kepada cucu saya yang serupa dengan budak lain.



"Saya tidak mahu dia rasa bahawa kehilangan ibu bapa menghalangnya daripada kejayaan," kata Cik Katirah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >