TERHARU Cik Mariam Mohd Yusof, 65 tahun, apabila beberapa pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) melawat rumahnya awal tahun ini untuk membantu memasang loceng rumah dan lampu jimat tenaga yang baru.
Tanpa bantuan pelajar yang muda dan bertenaga itu, kata Cik Mariam, tidak mungkin beliau dan suaminya, Encik Abdul Samad Abu Bakar, 68 tahun, terdaya menukarnya sendiri.