Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TEKAD WATAN

Nenek terus sumbang tenaga sebagai relawan

Semasa Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad menggesa anggota masyarakat terus tampil menyumbang kepada masyarakat dan negara sedang projek-projek yang diterajui M3 kian dipertingkat. Dua sukarelawan berkongsi inspirasi serta perjalanan mereka kepada BERITA HARIAN.
May 18, 2022 | 05:30 AM



BELIAU telah menabur bakti kepada masyarakat selama lebih 15 tahun, termasuk menyumbang tenaga sebagai relawan di Masjid Al-Khair.



Namun, Cik Asmah Ahmad, 61 tahun, tidak pernah rasa bosan.



"Kerja sukarela ini sudah sebati dengan diri saya. Kalau tak buat, rasanya macam kosong jiwa saya.



"Kalau saya masih sihat dan boleh terus berkhidmat, saya akan terus berbakti," ujar nenek tiga cucu itu.



Malah, beliau berharap dapat menggalak lebih ramai anak muda menyumbang masa dan tenaga mereka untuk membantu masyarakat di keliling mereka.



Menurut Cik Asmah, beliau rasa gembira melihat kian lebih ramai asatizah muda yang bergiat di masjid dan dalam masyarakat serta pelbagai kegiatan di masjid yang dianjurkan buat golongan muda.



"Saya harap anak muda ini dapat kekal di masjid-masjid kita dan ambil tahu hal ehwal masjid serta apakah bantuan yang diperlukan. Dengan cara ini, mereka juga dapat menyumbang kepada masyarakat.



"Ini lebih-lebih lagi kerana dengan penduduk Singapura yang semakin menua, kita juga memerlukan lebih ramai relawan," ujarnya.



Berkongsi pengalamannya sebagai pendamping di bawah Masjid Al-Khair sejak 2011, Cik Asmah berkata beliau antara lain melawat keluarga penerima zakat dan golongan susah yang tinggal sekitar kawasan masjid itu.



Beliau juga bertemu dengan golongan pesakit kronik serta warga emas yang tinggal sendiri.



"Saya suka bertemu dengan mereka... bercakap, bertanya khabar dan melihat perkembangan mereka.



"Saya anggap mereka macam mak saya. Saya tak puas berbakti kepada arwah mak saya, jadi saya nak berbakti kepada mereka," ujar Cik Asmah yang dilantik sebagai pendamping kanan pada 2019.



Sebagai pendamping kanan, beliau juga berpeluang berkongsi pengalamannya bersama pendamping baru yang lain serta membantu jabatan pembangunan sosial masjid.



Cik Asmah juga aktif bergiat sebagai anggota Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Masjid Al-Khair sejak 2015 serta anggota Jawatankuasa Muslimah Kelompok Masjid Barat (WMC) sejak 2018.



Jawatankuasa Muslimah WMC giat menyertai pelbagai usaha sosial seperti kutipan derma bagi Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) untuk membantu inisiatif SG Buka Puasa pada 2020 dan membantu pelarian Palestin.



Jawatankuasa itu juga bekerja rapat dengan Kumpulan Cacat Melayu Singapura dengan mengagihkan habuan makanan semasa Ramadan.



Sememangnya, kerja sukarela ini mengambil banyak masa Cik Asmah, seorang suri rumah.



Namun, beliau bersyukur sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga tersayang.



Malah, suaminya, Encik Mustafa Osman, 68 tahun, serta anaknya juga kadangkala menyertainya melakukan kerja sukarela dan ia dianggap sebagai aktiviti keluarga.



Tambahnya, beliau juga terdorong melakukan kerja sukarela dek sifatnya yang suka membantu orang dan ingin melibatkan diri dengan masyarakat.



"Memang banyak dugaannya, tapi terpulanglah kepada kita. Kalau kita sanggup dan boleh bertahan, teruskan dan tidak usah fikir apa yang orang katakan.



"Saya buat kerana saya suka dan ikhlas.



"Bagi orang yang baru nak mula lakukan kerja sukarela, saya nasihatkan mereka banyak bersabar.



"Mereka perlu perhatikan dan belajar daripada teguran orang, walau kena marah sekalipun," kata ibu empat anak yang berumur 25 hingga 31 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >