Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nestle tarik balik sekumpulan bijirin Golden Honey Flakes yang mungkin mengandungi kepingan plastik kecil

Oct 18, 2021 | 10:10 PM



SEKUMPULAN bijirin Gold Honey Flakes Nestle ditarik balik, kerana ia mungkin mengandungi kepingan plastik kecil, kata Nestle Singapore pada Isnin (18 Okt).


Produk itu ditarik balik secara sukarela oleh Cereal Partners Worldwide Singapore - usaha sama antara Nestle dengan General Mills - setelah ia menerima laporan yang menunjukkan mungkin terdapat kepingan plastik kecil dalam kotak-kotak bijirin seberat 370g itu.


"Kami telah mengenal pasti sumber plastik dan memperbaiki masalah ini," kata pengeluar serantau itu.


Kod kumpulan yang terjejas adalah 12230631DD, dengan tarikh luput 11 Ogos 2022.


Kod kumpulan lain tidak terjejas oleh penarikan balik itu, tambahnya.


Pelanggan yang telah membeli produk dengan kod kumpulan yang terjejas disarankan tidak memakan bijirin itu.


"Mutu dan keselamatan produk kami adalah keutamaan kami. Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk mengeluarkan produk dengan kod kumpulan ini," kata Nestle.


Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Nestle di talian 800-6011-633 atau menghantar e-mel kepada mereka untuk mendapatkan bantuan.


Pengguna yang tidak pasti bagaimana mengenal pasti kod kumpulan produk yang mereka beli juga boleh menghubungi Nestle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >