Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Netizen hargai bantuan M'sia pindah warga S'pura dari Iran

Mar 23, 2020 | 05:20 PM



NETIZEN di Singapura telah meluahkan penghargaan mereka kepada Malaysia atas bantuan pemindahan warga Singapura yang terkandas di Iran, antara negara yang paling teruk dilanda wabak Covid-19.



Penghargaan itu antaranya diluahkan dalam ruang komen Facebook Berita Harian mengenai misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) itu.



Seorang pengguna Facebook, "Cikgu Hafizah Mwti" berkata: "Terima kasih Jiranku, Malaysia."



Pengguna "Sha Yang" pula telah mengambil kesempatan untuk meluahkan harapannya kepada negara itu dengan menulis: "Semoga Malaysia menjadi negara yang kencang!"



Seorang lagi pengguna, "Hass Hisham Zaraamin Hisham" berkata: "Masa dalam bencana, tak perlu kita nak membezakan bangsa, agama, warga mana... namun lebih memberi tumpuan kepada nilai kemanusiaan dan keharmonian... kami harus memikirkan hal penting iaitu untuk melawan dan mangatasi wabak ini."



Dalam satu misi yang dilancarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Malaysia, satu pesawat Air Asia telah diaturkan khusus untuk memindahkan seramai 46 warga Malaysia, lapan warga Singapura serta satu penduduk Indonesia dari Teheran, dan ia telah selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad (22 Mac).



Lapan warga Singapura itu kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari di Kuala Lumpur seperti diminta pihak berkuasa Malaysia.



Baca laporan lepas di: https://www.beritaharian.sg/setempat/8-warga-s%E2%80%99pura-antara-55-penumpang-yang-dibawa-pulang-ke-m%E2%80%99sia-dari-iran




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >