Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Netizen hargai bantuan untuk pekerja M'sia terkandas

Mar 19, 2020 | 10:50 PM



PENGHARGAAN diluahkan kepada pemerintah dan rakyat  Singapura atas usaha mencarikan tempat tinggal sementara bagi pekerja Malaysia di sini yang terjejas oleh perintah kawalan pergerakan. 


Perintah itu telah menyebabkan ramai pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura terkandas tanpa penginapan sesuai pada hari pertama sekatan dikuat kuasa pada Rabu (18 Mac).


Penghargaan itu antaranya diluahkan dalam ruang komen laporan di Facebook Berita Harian mengenai Dewan Sukan Jurong East yang diubah menjadi penginapan sementara buat pekerja yang terjejas.


Rata-rata netizen Malaysia mengucapkan "terima kasih Singapura" dan "terima kasih kerana membantu kami".


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama SU App menulis: "Ingat hari ini, ingat apa yang telah mereka lakukan kepada kita, untuk kita. Kita akan membalas budi ini apabila tiba masanya. Dunia harus belajar daripada semangat SG-MY dan kita lebih daripada sekadar jiran!"


Seorang lagi pengguna, Sharipap Syed, berkata: "Terima kasih kembali (M'sia), kerana masih menghantar bekalan makanan ke sini."


Pengguna "Njhan Marican" pula menulis: "Saya sangat simpati pada mereka yang berkerja di sini untuk menyara keperluan keluarga mereka. Alhamdulilah, mereka dapat tempat menginap dan berehat yang sesuai dengan keadaan sekarang."


Pengguna "Mohd Ridzuan" pula berkata sambil berseloroh: "Terima kasih Singapura. Mungkin sekarang kita boleh berhenti bergaduh mengenai nasi ayam yang terbaik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >