PENYEDIA khidmat bayaran elektronik NETS kelmarin melancarkan kad tunai CashCard tanpa sentuh baru, yang boleh digunakan selaras dengan aplikasi telefon bimbitnya tersendiri.
Mengumumkan kad baru itu menerusi kenyataannya, NETS menyatakan aplikasi CashCard Tanpa Sentuh itu membenarkan pengguna menjejaki urus niaga mereka dan menambah nilai kad masing-masing secara automatik.