Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nets mohon maaf atas iklan singgung perasaan

Aug 01, 2019 | 02:52 PM



 





SYARIKAT bayaran elektronik, pda Khamis (1 Ogos) memohon maaf jika ia menyebabkan perasaan tersinggung melalui kempen iklan yang menampilkan pelakon Cina yang mewarnakan kulitnya menjadi perang atau ‘brownface’.



Iklan itu, yang disifatkan tokoh politik dan penguna Internet sebagai kurang sensitif dan menghina, memaparkan pelakon Mediacorp dan dejah Dennis Chew. Encik Chew menunjukkan beberapa watak seperti wanita memakai hijab dan lelaki dengan warna kulit lebih gelap. Iklan itu ditayangkan di dalam talian dan di pusat jaja makanan.



“Nets ingin memohon maaf jika kempen itu menyebabkan sebarang perasaan tersinggung. Tujuan kempen itu adalah untuk menggambarkan bayaran-e sebagai wadah untuk semua,” kata syarikat itu melalui satu kenyataan.



Laporan polis telah diadu tentang iklan kontroversial itu, serta video rap di dalam talian yang dirakam sebagai respons kepada iklan itu. Video rap itu dihasilkan tokoh media sosial Preeti Nair dan abangnya Subhas Nair, seorang artis rap.



Kempen Nets itu adalah untuk huraian bayaran-e bersepadu yang sedang dilaksanakan di pusat jaja makanan, kantin dan kedai kopi.



Ia diusahakan oleh berbilang agensi, yang diketuai Enterprise Singapore untuk menggalak bayaran tanpa tunai dan Nets dilantik sebagai pihak yang menguruskan urus niaga bayaran dan mendorong perniagaan makanan kecil menggunakan bayaran-e.



Agensi lain yang terlibat dalam inisiatif ini adalah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan  JTC Corporation.



 The Straits Times telah memohon komen daripada Enterprise Singapore pada Rabu, tetapi ia belum lagi memberi respons.



Mediacorp, menerusi sayap pengurusan selebritinya, telh memohon maaf atas iklan itu, dan laman epaysg.com juga telah  menggugurkan iklan itu.



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam, pada Selasa, berkata video rap itu ‘melampai batas’ dan bertujuan membuat kaum minoriti marah dengan warga Singapura yang berbangsa Cina.



Penyiar berita CNA juga telah menggugurkan Encik Naik daripada dokumentari mengenai pemuzik setempat. Dalam kenyataannya, CNA berkata ia menolak secara kuat semua kandungan yang menghina dan mengancam keharmonian sosial.



Video itu, yang dimuat naik ke media sosial pada Isnin, telah dinyahterbit oleh pasangan adik-beraik itu. Namun ia masih berada di dalam talian, kerana dimuat naik oleh pengguna lain.



Penguasa Pembangunan Media Infokom  (IMDA) berkata pada Rabu, bahawa ia telah memohon agar individu dan wadah Internet menghapuskan video.



Polis dan IMDA juga menasihatkan orang ramai daripada terus menyebar  atau berkongsi video rap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >