Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ng Eng Hen di Laos bagi mesyuarat pertahanan Asean

May 25, 2016 | 08:45 AM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, akan berada di Vientiane, Laos, dari 24 hingga 27 Mei, bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) ke-10 dan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Pertahanan Asean-China.



Bagi menandakan ulang tahun ke-10 ADMM, 10 menteri pertahanan itu akan menyertai satu acara penanaman pokok di Akademi Pertahanan Nasional Kaysone Phomvihane.



Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada Selasa (24 Mei) berkata ADMM, yang ditubuh pada 2006, platform penting dalam seni bina keselamatan Asean untuk memudahkan dialog terbuka dan membina mengenai isu-isu keselamatan serantau di peringkat menteri.



Melebihi kerjasama praktikal dalam kalangan angkatan tentera Asean, di bawah naungan ADMM, saluran komunikasi langsung dalam kalangan 10 negara Asean yang menggalak maklum balas cepat dalam situasi kecemasan sedang dilaksana.



Di samping itu, ADMM telah berjaya membina keyakinan dan keupayaan dalam bidang-bidang seperti bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR) dan menjaga keamanan.



Mindef juga menyatakan ADMM-Plus, iaitu platform penting bagi Asean dan lapan rakan dialognya, akan menubuhkan Kumpulan Kerja Keselamatan Siber, menjadikan jumlah kumpulan kerja pakar tujuh kesemuanya.



ADMM-Plus akan menjalankan empat latihan tahun ini, termasuk yang baru selesai - Latihan Keselamatan dan Pencegahan Pengganasan Maritim - yang dianjurkan bersama Singapura, Brunei, Australia dan New Zealand.



Dr Ng disertai oleh Setiausaha Tetap (Pertahanan), Encik Chan Yeng Kit, dan para pegawai lain Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >