Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ng Eng Hen: Pandemik Covid-19 tekankan semula kepentingan Pertahanan Mutlak pada S'pura

Feb 14, 2021 | 11:44 PM



PERTAHANAN Mutlak diraikan lebih sebagai sesebuah konsep dan satu gesaan apabila keadaan baik dan lancar bagi bertahun lamanya, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada Ahad (14 Februari).



Namun, pandemik Covid-19 telah menegaskan kembali pertahanan mutlak sebagai sebuah "konsep kehidupan", penting dan perlu bagi kesejahteraan kolektif Singapura dan berpusat pada keupayaan negara ini mengatasi cabaran yang getir, tambahnya.



Dalam ucapan Hari Pertahanan Mutlak tahunan, Dr Ng menyatakan konsep ini apabila direalisasikan menjadi satu tindakan sewaktu pandemik tahun lalu mampu menyelamatkan nyawa dan pekerjaan.



Singapura tidak menempuhi tempoh yang mudah apabila pandemik ini melanda dalam kalangan masyarakat pekerja asing, dengan ribuan orang yang terjejas, katanya. Kebanyakan pekerja, khususnya di dalam sektor yang menerima tamparan hebat seperti pelancongan dan layanan tamu, kehilangan segala pendapatan atau pekerjaan.



"Namun, apabila tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 dan sekatan lain dilaksanakan, warga Singapura bersatu hati dan meletakkan kepentingan Singapura lebih daripada diri mereka sendiri," ujar Dr Ng dalam pesanan video yang disiarkan di Facebook sebelum Hari Pertahanan Mutlak diraikan pada Isnin (15 Februari).



Katanya lagi: "Sedang kita meraikan Hari Pertahanan Mutlak, kita bertanya kepada diri sendiri, 'Adakah Singapura lulus dalam ujian menentang Covid-19?' Saya akan katakan dengan rasa bersyukur, "Tentunya ya."



Pertahanan Mutlak diperkenalkan pada 1984 sebagai rangka kerja pertahanan kebangsaan yang terdiri daripada enam tunggak - ketenteraan, sivil, ekonomi, sosial, psikologikal dan digital - di mana setiap warga Singapura mempunyai peranan untuk digalas.



Setiap 15 Februari, Hari Pertahanan Mutlak diraikan, sebagai memperingati tarikh Singapura jatuh ke tangan tentera Jepun pada 1942.



Pertahanan digital ditambah sebagai tunggak keenam pada 2019. Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng, pada bulan ini (Februari) pula mengusulkan pertahanan iklim ditambah sebagai tunggak ketujuh bagi menekankan kepentingan menangani isu iklim ini.



Dalam ucapannya, Dr Ng menjelaskan secara terperinci bagaimana Singapura bersatu hati menangani pandemik ini, dari pekerja jagaan kesihatan hinggalah agensi ekonomi yang memastikan rantaian bekalan kekal padu dan vaksin yang ditempah terlebih dahulu serta pasukan keselamatan tidak bersikap sambil lewa dan memastikan undang-undang dan peraturan dikekalkan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >