Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ngee Ann Kongsi derma $25j sepanjang 10 tahun pada SIT

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Ngee Ann Kongsi telah mendermakan $25 juta sepanjang 10 tahun kepada Institut Teknologi Singapura (SIT), jumlah derma terbesar pernah diterima universiti itu.



Sebanyak $2.5 juta diagihkan setiap tahun sepanjang 10 tahun akan datang, sebagai menyokong pembangunan perpustakaannya serta penubuhan Dana Kemunculan Ngee Ann Kongsi.



Sebagai mengiktiraf habuan derma murah hati ini, universiti itu akan menamakan perpustakaan di kampus akan datang di Punggol serta kampus sementara sekarang di SIT@Dover sebagai Perpustakaan Ngee Ann Kongsi.



Majlis penamaan perpustakaan itu telah dirasmikan oleh tetamu terhormat, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di SIT@Dover, semalam.



Dalam ucapannya, Encik Chan berkata derma daripada Ngee Ann Kongsi itu akan membolehkan SIT mewujudkan "perpustakaan yang hidup" di kampus masa depan SIT.



"Secara tradisional, warga daripada setiap lapisan umur suka ke perpustakaan yang juga merupakan tempat di mana masyarakat berhimpun dalam mengejar pengetahuan dan pembelajaran.



"Hari ini, perpustakaan telah berubah melebihi daripada sekadar tempat penyimpanan ilmu sahaja.



"Ia juga merupakan ruang fizikal baru tetapi konse baru untuk menyatukan pelajar, berkolaborasi untuk mewujudkan pengetahuan baru dan bukan sahaja untuk menyerahkan pengetahuan sedia ada," kata Encik Chan.



Perpustakaan itu akan menyokong peluasan set kemahiran dan pengetahuan bukan sahaja menerusi sumber tradisional tetapi juga peluang pembelajaran aplikasi.



Ia juga adalah 10 kali lebih besar daripada yang sedia ada.



Di samping itu, ia juga akan dilengkapi dengan studio media yang dipertingkat serta ruang kerjasama bagi pelajar untuk menggunakan realiti maya selain menawarkan robot bagi latihan pemprograman.



Selain itu, Dana Kemunculan Ngee Ann Kongsi akan menyokong projek pembelajaran seperti membimbing pelajar untuk belajar tentang kepimpinan atau kemahiran lain seperti daya keyakinan, celik emosi, dan bertutur di khalayak ramai.



Ia juga akan membolehkan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapat peluang pembelajaran seperti pertukaran pelajar luar negara, program bekerja sambil belajar dan menawarkan sokongan bagi projek penyelidikan gunaan.



Encik Chan turut berterima kasih atas semangat kedermawanan, bakat dan masa yang disumbangkan Ngee Ann Kongsi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >