Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Niaga di rumah dibenarkan kerana keadaan Covid-19 tambah baik

Masagos: Tindakan itu bukan kerana langkah tarik balik undang-undang
May 05, 2020 | 05:30 AM



KEPUTUSAN untuk membenarkan perniagaan di rumah (HBB) terus beroperasi mulai 12 Mei ini adalah kerana keadaan Covid-19 Singapura kian bertambah baik, berkata kerjasama semua.



Ia bukanlah sebahagian langkah untuk "tarik balik" undang-undang itu, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Menjawab pertanyaan Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) di Parlimen semalam, Encik Masagos berkata oleh sebab semua termasuk HBB mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan, hasilnya dapat dilihat iaitu jumlah purata kes baru di masyarakat telah berkurangan sebanyak separuh minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.



Sebelum ini, hanya HBB yang beroperasi dalam talian sepenuhnya dibenarkan kerana ia tidak melibatkan pengambilan dan penghantaran barangan, katanya.



HBB bukan dalam talian pula selalunya boleh beroperasi tanpa pengawasan atau pendaftaran kerana mereka selalunya kecil dan tidak mengganggu jiran.



Namun, Encik Masagos berkata sifat mereka yang tidak rasmi dan merata mendatangkan cabaran khas sewaktu Covid-19.



"Kami tidak boleh menguatkuasakan pengamalan jarak selamat ke atas mereka sepertimana kita lakukan bagi kedai komersial," ujarnya.



Beliau menambah ini mendatangkan risiko apabila orang ramai bergerak dan berinteraksi di estet kediaman apabila barang diambil atau dihantar, dan ia memerlukan hanya satu orang yang dijangkiti untuk memulakan kelompok.



"Pemutus litar akan perlu dilanjutkan jika penularan masyarakat kekal tinggi. Jadi kami tidak tarik balik (undang-undang). Kami hanya membuat keputusan kerana keadaan bertambah baik. Justeru sedang kita membuat keputusan sukar untuk menyekat operasi HBB saya harap semua faham mengapa," ujarnya.



Encik Masagos turut meluahkan rasa empati kepada peniaga di rumah kerana ibu beliau sendiri melakukan perniagaan makanan di rumah apabila arwah ayahnya meninggal dunia.



"Langkah pemutus litar yang diperketat telah meletakkan sekatan ke atas banyak perniagaan termasuk HBB. Bagi HBB yang berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam, saya faham kekecewaannya lebih-lebih lagi mereka yang telah membuat persiapan untuk Ramadan dan perayaan Hari Raya.



"Tetapi krisis Covid-19 bukan hanya tentang memelihara mata pencarian sahaja. Krisis ini telah memaksa banyak pemerintah, ramai di antara kita untuk membuat pilihan sukar di antara memelihara mata pencarian dan memelihara nyawa itu sendiri," katanya.



Dengan keizinan untuk terus beroperasi lepas 12 Mei, ini memberi pemilik perniagaan masa sebelum Hari Raya, katanya.



Dalam pada itu, menurutnya Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) telah memberi nasihat kepada perniagaan untuk memanfaatkan pelbagai skim pemerintah dan mendapat nasihat peguam secara percuma di M Kuasa Tiga (M3).



Dalam usahanya untuk membantu HBB dalam masyarakat Melayu/Islam, DPPMS juga sedang meninjau bagaimana untuk menyokong golongan ini dalam jangka masa panjang.




"Langkah pemutus litar yang diperketat telah meletakkan sekatan ke atas banyak perniagaan termasuk HBB. Bagi HBB yang berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam, saya faham kekecewaannya lebih-lebih lagi mereka yang telah membuat persiapan untuk Ramadan dan perayaan Hari Raya. Tetapi krisis Covid-19 bukan hanya tentang memelihara mata pencarian sahaja. Krisis ini telah memaksa banyak pemerintah, ramai di antara kita untuk membuat pilihan sukar di antara memelihara mata pencarian dan memelihara nyawa itu sendiri."
- Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >