HAMPIR setiap hari sejak tempoh pemutus litar, Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas, berusaha keras cuba memohon kebenaran pihak berkuasa untuk membawa pulang pekerjanya dari luar negara.
Sejak pandemik Covid-19, lebih 20 pekerjanya dari India dan Malaysia telah 'terperangkap' di tanah air masing-masing akibat penutupan sempadan.