Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Niaga F&B lebih rancak hujung minggu pertama Fasa 3

Namun ada yang batal tempahan kerana hujan lebat; langkah keselamatan tetap diawasi di restoran, kafe
Jan 03, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN hujan lebat melanda Singapura pada hari cuti Tahun Baru kelmarin dan semalam, perniagaan makanan dan minuman (F&B) terus rancak dalam hujung minggu pertama fasa ketiga yang bermula Isnin lalu, menurut beberapa pemilik restoran.



Ini walaupun terdapat pelanggan yang membatalkan tempahan meja di restoran dek hujan lebat.



Fasa ketiga pembukaan semula negara ini membolehkan sehingga lapan orang duduk semeja untuk menjamu selera di restoran - lebih ramai berbanding sehingga lima orang yang dibenarkan dalam fasa kedua sebelum ini.



Namun, langkah-langkah jarak selamat, seperti memastikan individu daripada meja yang berlainan tidak bercampur gaul, terus dilaksanakan di restoran.



Pemilik I Am Cafe, Encik Jamuri Busori, berkongsi bahawa hujan lebat sejak dua hari lalu telah menjejas sedikit perniagaan di restoran itu, dengan terdapat pelanggan yang membatalkan tempahan meja mereka.



Namun, secara umumnya, pihaknya telah menyaksikan kenaikan 30 peratus dalam jumlah tempahan meja oleh kumpulan lebih lima pelanggan sejak fasa ketiga kali pertama diumumkan.



"Alhamdulillah, perniagaan kami baik. Kapasiti tempat duduk kami tetap sama (seperti dalam fasa kedua) tetapi kami cuba atur semula meja supaya lebih ramai orang dapat duduk bersama.



"Kelonggaran dalam fasa ketiga juga memudahkan kakitangan saya kerana sebelum ini, mereka perlu asingkan pelanggan jika kumpulan mereka terdapat lebih lima orang dan mereka perlu sentiasa mengingatkan pelanggan supaya jangan bercampur gaul dengan meja lain. Sekarang tak banyak lagi isu seperti ini," kata beliau.



Turut menyaksikan kenaikan 30 peratus dalam jumlah tempahan meja oleh kumpulan lebih besar dalam fasa ketiga ini ialah restoran di bawah rangkaian kafe Blackhole Group yang memiliki beberapa kafe seperti Afterwit dan Tipo.



Ketua pegawai operasi kumpulan itu, Encik Sufi Hassan, turut berkata hujan telah menyebabkan beberapa pelanggan membatalkan tempahan, tetapi restoran lebih popular seperti Tipo terus menerima ramai pelanggan.



Pemilik Aroma Kampung, Cik Siti Khadijah Mukhit, juga berkata perniagaan restorannya pada cuti hujung minggu ini terus rancak.



"Masih ramai yang datang untuk menjamu selera di restoran kami walaupun hujan. Saya rasa ini kerana orang ramai biasanya keluar makan dan luangkan masa mereka dengan keluarga pada hujung minggu. Alhamdulillah, petang pun masih ramai orang," kata beliau.



Pemilik restoran Kucina, Cef Gero Di Maria Mohammed Omar, turut melahirkan sentimen serupa.



"Alhamdulillah, semalam (kelmarin, Tahun Baru) kami ada sekitar 220 pelanggan. Hari ini (semalam), keadaan seperti biasa sejauh ini. Memang ada beberapa pelanggan yang batalkan tempahan tetapi kami juga terus menerima pelanggan walk-in," kata beliau.



Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata meskipun pihaknya bersyukur Singapura dapat memasuki fasa ketiga dengan usaha gigih dan kerjasama semua, perjuangan menentang Covid-19 masih belum berakhir.



"Kita perlu dan mesti meneruskan usaha kita dan bersikap disiplin sedang kita buka semula secara berperingkat sebagai sebuah negara, dan ini termasuk sektor F&B.



"DPPMS akan meneruskan usaha kami untuk menyokong para anggota menangani cabaran dan bekerja rapat dengan agensi pemerintah untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dalam cara yang selamat dan berkesan," kata beliau.




MEMASTIKAN NIAGA TERUS BEROPERASI DALAM CARA SELAMAT, BERKESAN



"Kita perlu dan mesti meneruskan usaha kita dan bersikap disiplin sedang kita buka semula secara berperingkat sebagai sebuah negara, dan ini termasuk sektor F&B. DPPMS akan meneruskan usaha kami untuk menyokong para anggota menangani cabaran dan bekerja rapat dengan agensi pemerintah untuk memastikan perniagaan dapat beroperasi dalam cara yang selamat dan berkesan."
- Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >