Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Niaga Joo Chiat Complex naik sedikit tapi masih belum pulih sepenuhnya

Mar 15, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR setahun lalu, peniaga di Joo Chiat Complex perlu berhenti operasi buat sementara akibat sekatan pemutus litar.



Biarpun tahun ini kedai mereka dapat terus dibuka, para peniaga tetap tidak pasti sama ada dapat melihat peningkatan dalam penjualan mereka menjelang bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba.



Malah, pemilik kedai yang ditemui Berita Harian (BH) berkongsi bahawa terdapat permintaan yang berkurangan dalam kalangan pelanggan tahun ini lebih-lebih lagi bagi busana Hari Raya.



Ini akibat beberapa faktor termasuk ketidakpastian pelanggan tentang sambutan Hari Raya tahun ini, dan pakaian Hari Raya tahun lalu masih belum digunakan.



Pemilik Hidayat Butik, Cik Sumiati Ibrahim, 65 tahun, berkata keadaan perniagaannya lebih baik sedikit tahun ini berbanding tahun lalu di mana terdapat pemutus litar.



Namun, beliau yang turut mengambil tempahan baju itu akui suasana di Joo Chiat Complex masih lengang dan keadaannya teruk.



Merasakan yang sama tentang suasana di pusat membeli-belah itu, penolong pemilik Salmah Manap Bridal Boutique, Cik Manisah Manap, 47 tahun, berkata biasanya orang ramai akan membeli-belah pakaian Hari Raya seawal sebulan sebelum Ramadan. Namun, kemeriahannya tidak dirasakan tahun ini.



Dengan ketiadaan bazar fizikal juga, Cik Manisah menjangka ini akan menjejas jumlah pelanggan yang akan membeli-belah di Joo Chiat Complex.



"Bila ada bazar fizikal, terdapat tarikan, justeru orang ramai akan singgah di Joo Chiat Complex. Tanpa bazar fizikal, jumlah orang yang ke sini akan berkurangan," tambah beliau yang tidak mahu meletakkan harapan bagi keadaan perniagaannya buat masa ini kerana ketidaktentuan yang dihadapi.



Bagi pelanggan Cik Siti Mariam Taib, 59 tahun, yang kerap menempah dan membeli pakaian Hari Raya sebelum perayaan tersebut berkata beliau tidak akan melakukan demikian tahun ini.



"Baju Hari Raya tahun lepas pun belum pakai!" ujar suri rumah itu.



Laporan lanjut: Ramai ambil sikap 'tunggu dan lihat' tempahan baju Raya merosot




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >