Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI MASA HADAPAN

Niaga kerepek, keropok diperluas hasil skim pendanaan geran

mti
May 20, 2018 | 05:30 AM



KEREPEK kentang dan keropok kulit ikan telur asin yang begitu digemari pelanggan restorannya mencetuskan idea bagi Encik Irvin Hasaka Yuga Gunawan memulakan satu perniagaan snek baru pada 2014.



Malah, snek kentang, ubi kayu dan kulit ikan rangup telur asin itu begitu popular sehingga jenama Irvins Salted Egg itu turut dieksport ke luar negara di Filipina dan Hongkong.



Di Singapura, terdapat tujuh cawangan Irvins Salted Egg yang menerima sijil halal baru-baru ini - pusat beli-belah VivoCity, Raffles Xchange, pusat beli-belah Plaza Singapura, pusat beli-belah Orchard Gateway, pusat beli-belah Westgate dan Terminal 2 dan 3 Lapangan Terbang Changi.



Pelanggan juga boleh membeli snek itu dalam talian.



Sebagai sebahagian usaha memajukan perniagaan snek itu, Encik Irvin telah bekerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi Makanan (FIRC) untuk mencari jalan supaya snek itu dapat disimpan dan bertahan lebih lama.



"Pada mulanya apabila kami jual di restoran, kami tidak perlu fikir tentang jangka hayat simpanan produk.



"Pertama sekali, kami lakukan ujian hayat simpanan. Jika terus disimpan dalam botol, snek itu dapat bertahan selama sebulan.



"Jika kami mahu ia bertahan selama setahun, kami perlu mengubah pembungkusannya kepada pembungkusan logam. Itu yang kami gunakan sekarang," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Irvins Salted Egg itu.



Menurut Encik Irvin, seorang warga Indonesia berusia 32 tahun, produk snek tersebut melalui beberapa ujian bagi melanjutkan hayat simpanannya.



Ini termasuk mendedahkan snek itu kepada keadaan teruk seperti sekitaran dengan suhu 40 darjah Celsius untuk melihat sama ada ia dapat bertahan di bawah suhu sedemikian.



Encik Irvin berkata pihaknya telah menggunakan Baucar Keupayaan dan Inovasi (ICV) sebanyak $5,000 bagi sesi konsultasi bersama FIRC itu.



Selain itu, beliau juga telah mendekati Pusat Syarikat Kecil Dan Sederhana (SME) untuk mengetahui lebih lanjut tentang apakah geran sedia ada yang boleh dimanfaatkan bagi menampung kos pembelian peralatan.



Encik Irvin telah memanfaatkan geran seperti CDG - skim yang menyediakan sokongan pendanaan sehingga 70 peratus bagi kos projek yang layak seperti konsultasi, latihan, pensijilan dan kos peralatan - dan skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) untuk membeli mesin automatik yang dapat mengupas dan memotong kentang bagi kilangnya di Senoko.



Tambah Encik Irvin lagi, beliau juga telah mendekati IE Singapore apabila merancang menebarkan sayap perniagaannya itu ke luar negara.



Bagaimanapun, sekitar 80 hingga 90 peratus kerja memperluas perniagaan ke luar negara telah diusahakan beliau dan kumpulannya sendiri, termasuklah memilih negara yang sesuai dan rakan niaga di negara tersebut.



Encik Irvin berkata mereka merancang untuk terus mengeksport produk Irvins Salted Egg ke lebih banyak negara Asia pada masa depan, dengan satu lagi kedai akan dilancarkan di Hongkong bulan depan.



"Majoriti pendapatan kami kini masih di Singapura, namun kami berharap dapat mempertingkat lagi perniagaan di luar negara dalam beberapa tahun mendatang," kata beliau.




  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >