Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMBUKAAN SEMPADAN: LAUT

Niaga khidmat feri meningkat walau masih rendah

Biarpun Pusat HarbourFront sudah dibuka semula, operator belum sediakan khidmat penuh disebabkan kurang penumpang
Jun 25, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN feri di terminal penumpang Pusat HarbourFront yang kian bertambah sejak operasi ke pulau Batam dan Karimun bermula 15 Jun lalu memberi kesan positif secara bertahap kepada perniagaan operator perkhidmatan feri di situ.



Meskipun kian ramai warga Singapura, Indonesia dan Malaysia memanfaatkan perkhidmatan feri di situ, syarikat-syarikat tersebut masih mengharapkan kehadiran semula warga asing, terutamanya dari China, untuk menggunakan khidmat mereka dan merancakkan semula perniagaan - seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda.



Perkhidmatan feri dari Terminal Penumpang HarbourFront ke pulau-pulau Indonesia seperti Batam dan Karimun hanya bermula 15 Jun lalu.



Empat syarikat yang ditemui Berita Harian minggu lalu menyatakan perniagaan mereka telah meningkat ke paras 20 hingga 40 peratus perniagaan sebelum pandemik Covid-19 bermula.



Ini kerana bilangan perkhidmatan feri masih rendah buat masa ini - - sekitar separuh bilangan sebelum pandemik.



Menyatakan demikian, Pengurus Besar Operasi Feri BatamFast, Encik Chua Coon Leng, menganggarkan jumlah penumpang dan perniagaan meningkat sekitar 30 peratus sejak 15 Jun.



"Angka ini masih jauh lebih rendah daripada sebelum pandemik bermula. Kami pun belum beroperasi sepenuhnya.



"Kalau sebelum pandemik, kami sediakan hingga 24 perkhidmatan feri ulang-alik antara Terminal Feri HarbourFront dengan Batam, buat masa ini kami hanya dapat sediakan sembilan pelayaran ulang-alik.



"Ini kerana jumlah penumpang masih jauh lebih rendah pada masa ini - masih lagi hanya penumpang Singapura, Indonesia dan sedikit penumpang dari Malaysia," ujarnya, yang mengharapkan penumpang warga China.



Kebanyakan penumpang yang masuk ke Batam untuk tujuan melancong dan bukan perniagaan.



Tinjauan menunjukkan operator feri mengenakan tambang $80 bagi pelayaran ulang-alik antara HarbourFront dengan Batam.



Kadar tersebut naik hampir seganda daripada tambang sebelum Covid-19 sekitar $40.



Encik Chua berkata kenaikan itu disebabkan kos minyak lebih tinggi.



Sementara itu Pengurus Komersial Kanan Sindo Ferry, Encik Liu Nam Leong, berkata pihaknya kini hanya mampu menyediakan sembilan pelayaran feri ulang-alik sehari antara HarbourFront dengan Batam Centre.



Syarikatnya juga menyediakan khidmat antara HarbourFront dengan Tanjong Balai.



Ia masih belum menyediakan khidmat ke Skupang dan Teluk Senimba atau Waterfront di Batam buat masa ini kerana kekurangan penumpang.



"Sejauh ini jumlah penumpang kami hanya sekitar 20 peratus paras sebelum pandemik," kata Encik Liu.



Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Horizon Fast Ferry Pte Ltd, Cik Carina Chan, menganggarkan pertumbuhan penumpang sekitar 15 hingga 20 peratus sejak syarikatnya mula beroperasi semula di HarbourFront pada 15 Jun.



Ia kini menyediakan 12 pelayaran ulang-alik antara HarbourFront dengan Batam, dan menyaksikan kebanyakan mereka yang menggunakan perkhidmatan syarikat itu merupakan keluarga terutama yang mempunyai anak yang sedang cuti sekolah.



Cik Kahyan Ho, penyelia di Majestic Fast Ferry Pte Ltd, berkata syarikatnya menyediakan sembilan pelayaran sehari buat masa ini.



"Kami jangkakan Julai hingga September akan menyaksikan sedikit kemeorosotan memandangkan ramai keluarga akan buat persiapan peperiksaan anak mereka," kata beliau.



Apabila Singapura dan Indonesia mula mengadakan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) pada Februari lalu, perkhidmatan feri hanya beroperasi dari Terminal Feri Tanah Merah.



Menurut laman Kementerian Ehwal Luar (MFA), semua pelancong antarabangsa tidak lagi diperlukan menunjukkan keputusan negatif ujian calitan tindak balas rantaian polimerase (PCR) atau ujian antigen sebelum masuk ke Singapura mulai 18 Mei.



Hanya mereka yang tidak divaksinasi, belum divaksinasi sepenuhnya, atau menunjukkan simptom Covid-19 dan/atau mempunyai suhu badan 37.5 darjah Celsius dikehendaki menjalani ujian PCR.



Pelancong belum divaksinasi atau belum divaksinasi sepenuhnya perlu menjalani kuarantin 24 jam selama lima hari, kata MFA lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >