PARA penjaja di pusat penjaja mendakwa bahawa perniagaan mereka merosot sebanyak 50 peratus sejak Ramadan - sesuatu yang mereka telah jangkakan menyusuli kekurangan pelanggan Islam dan keadaan ekonomi yang agak muram.
Sesetengah mereka menutup kedai dengan bercuti sepanjang bulan puasa ini memandangkan sewa gerai yang rendah dan pendapatan pula tidak begitu memadai.