Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI RAYA

Niaga masih kurang rancak

Beberapa peniaga di Golden Landmark rasa perlu ada suasana Aidilfitri dengan lampu lap lip, lagu Raya
May 08, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI salah satu tempat tumpuan bagi masyarakat Melayu/Islam semasa tempoh perayaan, perniagaan di pusat beli-belah Golden Landmark biasanya bertambah rancak terutama sekali pada akhir-akhir bulan Ramadan.



Meskipun tidak menafikan mood Raya di sana kian terasa, peniaga Golden Landmark yang ditemui Berita Harian akui perniagaan belum lagi mencecah tahap sebelum Covid-19 melanda.



Mereka meluahkan harapan agar tempoh dua minggu sebelum Hari Raya ini membawa lebih ramai pengunjung dan pelanggan yang ke sana untuk memberi sokongan kepada usahawan setempat.



Pada masa yang sama, ada peniaga berpendapat persekitaran dan suasana pusat beli-belah itu kekadang kelihatan muram dan ini mungkin menjejas tarikannya terhadap pengunjung.



Mereka meletakkan harapan agar kawasan keliling dan dalam pusat beli-belah tersebut dapat memaparkan lebih banyak perhiasan dan lampu Hari Raya demi menambah keceriaan waktu perayaan.



Biarpun pelanggan ada kalanya perlu beratur menunggu giliran untuk memasuki butik baju Simply Rays dan respons pelanggan cukup menggalakkan, pemilik bersamanya, Cik Hetty Suhaili, akui perniagaannya tidak serancak dua tahun sebelum ini.



Malah, kedainya yang menjual pakaian Hari Raya dewasa dan kanak-kanak itu hanya mula dibuka setiap hari sejak Ramadan dan sebelum itu hanya dibuka berdasarkan janji temu dengan pelanggan.



"Kami juga mengambil langkah berjaga-jaga untuk kurangkan risiko, antaranya dengan tidak menambah stok sedia ada dan juga desain baju yang baru. Kami juga memastikan semua kos dirancang dengan baik dan terperinci," katanya.



Walaupun trend perbelanjaan Hari Raya tidak banyak berubah, Cik Hetty berkata pelanggan masih berjaga-jaga berbelanja dalam keadaan ekonomi kini.



Contohnya, pelanggan yang biasanya akan membeli dua atau lebih baju, akan hanya membeli sepasang baju tahun ini.



Bagi Cik Hetty, keceriaan Raya di Golden Landmark juga kurang tahun ini kerana biasanya terdapat gerai pop-up di ruang kosong di tingkat satu pusat beli-belah itu.



Untuk memastikan pelanggan mempunyai masa yang cukup untuk membeli-belah di kedai beliau, Cik Haslinda Oked pula akan cuba membuka kedainya sekurang-kurangnya hingga 10 malam di hujung minggu.



Pemilik kedai Linda Oked itu berkata, waktu operasi pusat beli-belah itu yang biasanya ditutup awal, menyukarkan pelanggan terutama sekali mereka yang hanya boleh singgah untuk membeli-belah selepas waktu kerja.



Oleh kerana kedai beliau terletak di luar pusat beli-belah itu, Cik Haslinda mempunyai pilihan waktu operasinya sendiri.



"Bagi saya, kalau kawasan ini boleh dibuat lebih meriah, pelanggan yang datang pun macam lebih tertarik.



"Mungkin pusat beli-belah ini pun boleh tambah perhiasan Raya, pasang lampu lap lip lebih terang, dan bunyikan lagu Raya, baru semangat Raya itu ada," katanya.



Menurut Cik Haslinda lagi, oleh kerana orang ramai sudah mula berbelanja untuk Hari Raya tahun ini berbanding tahun lalu, perniagaannya yang antaranya menjual produk kecantikan, baju dan beg, juga bertambah baik.



"Memang semua inginkan perniagaan yang baik, tapi kita juga faham keadaan ekonomi ini tidak begitu menggalakkan.



"Bagaimanapn, kita harap tempoh sebelum Raya ini akan membawa rezeki yang lebih bagi kami di sini," ujarnya.



Peniaga 'veteran' di Golden Landmark, Cik Maimunah Ali, turut akui sentimen berbelanja agak kurang, malah di kalangan pelanggan tetapnya juga.



Meskipun demikian, pemilik butik Mona J yang sudah bertempat di Golden Landmark sejak enam tahun lalu itu berkata, beliau kini lebih relaks dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelanggan yang ingin membeli.



"Sebenarnya bagus juga, tak payah nak kelam-kabut, dapat juga beribadah.



"Masa buka pun tak perlu tergesa-gesa, kalau dulu nak buka puasa pun tak sempat," katanya mengenang keadaan perniagaannya sebelum ini.



Cik Maimunah berkata pelanggan kini lebih berhati-hati dalam membeli baju Raya disebabkan keadaan pandemik yang tidak menentu.



Disebabkan perniagaan beliau kini lebih tertumpu kepada tempahan, beliau memilih untuk menggunakan kain serta bahan evergreen yang tidak lapuk dek zaman seperti songket dan lace.



"Tahun ini, apa kain yang ada dah beli akan dibuat baju, jadi tak pening nak bayar supplier.



"Memang tak tambah banyak stok tahun ini, tapi apa yang ada diubahsuaikan secara kreatif," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >