Niat bantu pesakit atasi sebab-sebab lain, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Niat bantu pesakit atasi sebab-sebab lain

Sep 04, 2021 | 05:30 AM

SEBAGAI seseorang yang bekerja dalam sektor penjagaan kesihatan, Cik Nia Nasyitah Zulkifli sedar yang beliau ada kalanya perlu membuka tudung, lebih-lebih lagi apabila bertugas dalam sekitaran di mana peraturan kawalan jangkitan adalah lebih ketat, seperti bilik pembedahan.

Buat masa ini, beliau, yang bekerja sebagai jururadiografi di Hospital Besar Ng Teng Fong, dibenarkan memakai tudung dengan kot putih apabila melakukan tugas berkaitan pesakit luar.

Tetapi apabila ditugaskan ke jabatan kecemasan atau pesakit dalam (inpatient), Cik Nia, 27 tahun, perlu memakai seragam lengan pendek tanpa tudung.

Namun beliau telah diberitahu akan terdapat perubahan kepada pakaian seragamnya selepas Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu mengumumkan jururawat Muslim dalam sektor kesihatan awam dibenarkan memakai tudung dengan seragam mereka mulai November ini.

"Apabila memasuki sektor penjagaan kesihatan lima tahun lalu, saya tahu apa untuk dijangkakan berhubung pakaian seragam dan tudung. Saya tahu ada masa saya tidak boleh memakai tudung. Bagi saya, niat saya untuk bertugas dalam sektor penjagaan kesihatan adalah untuk membantu pesakit.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Jadi saya faham jika hospital menghendaki saya membuka tudung sebagai sebahagian seragam, untuk kawalan jangkitan dan sebagainya. Saya menghormatinya tetapi sudah tentu ada keinginan untuk memilih sama ada saya mahu memakai tudung atau tidak," kata Cik Nia.

Justeru, keputusan pemerintah membenarkan tudung dipakai oleh jururawat Muslim wanita adalah berita yang sangat dialu-alukan, tambahnya.

"Ini membolehkan kami mengimbangi amanah kami sebagai pekerja sektor kesihatan dan wanita Islam. Perwakilan pekerja kesihatan wanita Islam juga dapat bertambah," katanya.

Cik Nia menambah, sebagai pekerja penjagaan kesihatan yang ada kala boleh memakai tudung dan ada kala tidak, beliau tidak melihat pemakaian tudung akan menimbulkan masalah asalkan garis panduan dipatuhi.

"Saya tidak mengalami layanan berbeza daripada pesakit sama ada saya memakai tudung atau tidak. Saya juga bekerja seperti biasa dengan rakan setugas saya sama ada saya memakai tudung atau tidak. Tudung tidak mengganggu tugas saya kerana saya memastikan ia sentiasa kemas," kata Cik Nia.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map