BELIAU sanggup turun naik tangga bergerak selain mengelilingi seluruh pusat beli-belah Northpoint semata-mata untuk mengembalikan dompet seorang warga tua yang menjamu selera di restoran tempat beliau bekerja.
Menurut Penolong pengurus pertama Manhattan Fish Market, Encik Zainuddin Zin Noor, 39 tahun, warga tua yang dikenalinya dengan nama Cik Lim itu tidak menyedari beliau tertinggal dompet di restoran itu.