Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NIEC akan tinjau permintaan bagi kursus diploma pembelajaran bahasa Melayu untuk guru prasekolah

Aug 24, 2017 | 05:30 AM



INSTITUT Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) akan bekerjasama dengan Agensi Pembangunan Awal Kanak- Kanak (ECDA) dan industri bagi meninjau sektor jagaan awal kanak-kanak dan menimbangkan bagaimana menyokong pendidik prasekolah bahasa Melayu dengan lebih baik.



Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam jawapan bertulis kepada Berita Harian sebagai mengulas kursus yang ditawarkan NIEC bagi pendidik prasekolah.



Dalam taklimat media Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, ia menyatakan bahawa buat masa ini, hanya kursus diploma dalam pembelajaran bahasa Cina dan Tamil sahaja ditawarkan di NIEC bagi guru prasekolah yang mengajar kanak-kanak berusia lima tahun dan enam tahun.



Tiada pengkhususan pembelajaran bahasa Melayu dalam senarai kursus jagaan awal kanak-kanak di NIEC.



Meskipun demikian, kata MOE, ada usaha bagi mencuba pendekatan berbeza.



"Ada usaha mencuba pendekatan berbeza bagi memenuhi latihan untuk pendidik prasekolah dalam pengajaran bahasa Melayu, misalnya semasa tempoh praktikum," kata MOE.



Semasa ditemui media, pengarah NIEC, Cik Loke-Yeo Teck Yong, berkata bahawa ECDA sebagai agensi mengawas rapi sektor prasekolah ini.



"Kami akan meninjau isu ini dan melihat sama ada terdapat permintaan dan keperluan.



"Saya rasa kami boleh menyemak program yang ada dan meninjau untuk menawarkan diploma tersebut," kata Cik Loke-Yeo.



Beliau juga menambah bahawa sebagai institut latihan, penting bagi pihaknya memastikan semua sumber yang diperlukan bagi latihan itu dipenuhi.



"Dengan adanya NIEC, sekiranya ada jurang potensi yang tidak memenuhi keperluan sektor, kami akan memberikan tindak balas sewajarnya," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >