SEKITAR RAMADAN
Nikmat melancong Ramadan ke negara Islam
Ramai mungkin telah menangguhkan rancangan melancong mereka pada cuti bulan Jun ini kerana ia jatuh pada bulan Ramadan. Tetapi ada di antara mereka mengambil kesempatan bulan Ramadan ini untuk melancong ke negara-negara Muslim agar mereka dapat mengalami sendiri keseronokan dan kesyahduan bulan yang mulia ini di negeri orang. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) bertemu dua wanita yang mengongsi pengalaman mereka melancong ke Bosnia dan Maghribi Ramadan ini.
Jun 27, 2016 | 05:30 AM
SETIAP kali masuk waktu berbuka di Maghribi, akan kedengaran sekali dentuman bunyi meriam yang memecah keheningan di seluruh negara Afrika Utara itu.
Ini yang dialami Cik Hafizhah Jamel, 33 tahun, apabila beliau melancong ke Maghribi selama sembilan hari pada awal Ramadan ini.