MUSIM bunga sakura telah kembali ke Gardens by the Bay dan kali ini bersama Hello Kitty untuk pertama kalinya bersama bunga pic dan bunga sakura.
Watak Jepun ikonik itu dipaparkan dalam suasana yang berbeza, termasuk berkelah sambil melihat bunga (hanami) di tengah-tengah musimnya, upacara minum teh di luar (nodate) dan taman landskap mengikut gaya Jepun.