Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: IKON MASYARAKAT

Nikmati nasi lemak Crave 'di langit biru'...

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



TIDAK lama lagi anda akan dapat menjamu selera nasi lemak Crave bukan sahaja di darat tetapi juga di awang-awangan.



Nasi lemak popular itu bakal disajikan dalam senarai menu bagi penumpang yang menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA).



Mengongsi berita gembira itu secara eksklusif kepada Berita Harian, pemilik Crave - The Original Adam Rd Nasi Lemak By Selera Rasa, Dr Abdul Malik Hassan, berkata peluang keemasan itu memang sesuatu yang di luar jangkaannya.



"Saya sujud syukur apabila menerima berita itu.



"Selama ini, saya memang mempunyai impian untuk meluaskan jenama Crave di luar negara tetapi belum kesampaian. Mungkin ini langkah demi langkah untuk mencapai impian tersebut," katanya.



Menurutnya, ini merupakan sebahagian daripada usaha SIA untuk menyajikan menu hidangan baru bagi penumpang Kelas Pertama atau Kelas Perniagaan dalam penerbangan terpilih dari Singapura.



Usaha itu juga bagi meraikan pencapaian budaya penjaja di negara ini yang diiktiraf dalam senarai warisan Unesco Disember lalu, kata SIA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.



Peluang tersebut, kata Dr Malik, memang sesuatu yang amat dinanti-nantikannya dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada penjaja lain.



"Saya memang jenis yang suka mengongsi ilmu dan selok-belok dunia perniagaan F&B (makanan dan minuman) dengan peniaga lain tanpa mengenakan sebarang bayaran pun.



"Mungkin inilah dinamakan rezeki... memang saya amat bersyukur," ulasnya.



Syarikatnya itu juga bakal mengeluarkan sambal nasi lemak Crave yang dibotolkan tidak lama lagi yang akan dijual di semua cawangannya di samping pasar raya setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >