Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nikmati pengalaman 'superhero' di kapal pelayaran Genting Dream

Dec 19, 2019 | 05:30 AM



PEMINAT Justice League kini boleh menikmati pengalaman 'superhero' sepenuhnya di kapal pelayaran Genting Dream.



Tidur di bilik 'superhero', melakukan kegiatan 'superhero', malah makanan juga disajikan dengan tema 'superhero'.



Buat julung kalinya, kapal pelayaran itu memaparkan tema Justice League, atas kerjasama Dream Cruises dan Warner Bros Consumer Products.



Keluarga yang ingin bercuti, lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak boleh memilih mengikut kapal pelayaran bertemakan Justice League dan diberi pilihan dua malam, tiga malam atau lima malam perjalanan ke destinasi popular di Asia Tenggara seperti Bintan, Phuket, Melaka, Kuala Lumpur, Penang dan Langkawi.



Lobi kapal itu telah diubah bagi memaparkan elemen Justice League yang pasti menarik bukan sahaja kepada muda, malah yang dewasa.



Dalam pada itu, terdapat sesi beramah mesra dengan Wonder Woman, Aquaman, Batman, Superman dan The Flash dengan keluarga berpeluang mengambil gambar bersama mereka.



Bilik-bilik yang dilengkapi cadar dan aksesori 'superhero' juga datang dengan memorabilia mainan (plush toys), cawan, selimut, barangan tandas dan selipar bilik, yang boleh dibawa pulang.



Apabila matahari mula terbit, tetamu akan dihidangkan sarapan Barat dalam kotak bento bertemakan Justice League, untuk dinikmati bersama di balkoni bilik.



Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengambil bahagian di Cabaran Zon Permainan Justice League di kapal pelayaran itu.



Hanya perlu mengumpul empat, enam atau lapan setem untuk memenangi hadiah, namun hadiah eksklusif akan diberikan jika kelapan-lapan setem dikumpulkan daripada 'superhero' termasuk Batman, Catwoman, Superman dan Supergirl.



Sebagai kenangan, keluarga dapat memetik gambar di banyak tempat di kapal pelayaran tersebut yang dihiasi elemen 'superhero', tidak kira di lif atau kawasan kolam renang.



Harga pakej pelayaran Justice League at Sea Genting Dream mula daripada $514 seorang dengan tambahan $250 bagi setiap kabin.



Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dapat belayar percuma, dan ahli kad Citibank dapat menikmati $200 diskaun bagi setiap kabin.



Tawaran kapal pelayaran bertemakan Justice League ini akan berakhir pada 29 Disember ini.



Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman https://www.dreamcruiseline.com/ atau talian 6808-2288.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >